skip to main |
skip to sidebar
Sepucuk surat untuk guru anda!
konichiwa..
hari ini saya nak taip entri pasal kerja sekolah Aira!
Surat kiriman tidak rasmi!
soalannya berbunyi bergini:
Tulis sepucuk surat kepada seorang guru yang anda hormati atau kagum.
Anda diminta menceritakan atau memberitahu bahawa anda telah berpindah ke sekolah lain dan harapan anda di sekolah baru tersebut.
*Tau-tau je Aira baru tukar sekolah!
jadi senang la nak jawab!
inilah karangan Aira:
No 12, Lorong 17 Kampung Padang,
25050 Kuantan,
Pahang.
Assalamualaikum. Kehadapan Cikgu Razmi yang kini berada di Kuala Lipis, Pahang. Semoga Cikgu berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dilimpahi rezeki yang berlipat ganda.
Cikgu yang saya hormati,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu cikgu bahawasanya saya telah berpindah ke sekolah baru di Kuantan. Saya ingin meminta maaf kerana tidak sempat untuk berjumpa Cikgu buat kali terakhir kerana cikgu terpaksa menjadi pengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Pembelajaran saya seperti biasa. Namun begitu, kelas pendidikan seni di sini tidak membabitkan seni lukis tetapi lebih kepada kraf tangan. Saya berasa amat sedih untuk berpisah dengan cikgu dan rakan-rakan di sana, tetapi inilah lumrah hidup.
Bagaimana dengan sesi pengajaran cikgu di sana serta perkembangan cikgu?
Saya berharap cikgu dapat mengajar saya dalam subjek pendidikan seni lagi seperti dua tahun yang lepas. Apakah cikgu masih lagi dengan aktiviti berbasikal cikgu?
Sampai di sini sahajalah surat saya. Saya berharap cikgu dapat membalas surat ini dan mendoakan kejayaan saya di sini. Sampaikan salam saya kepada rakan guru cikgu di sana serta anak-anak murid cikgu. Semoga cikgu bahagia dan sukses dalam kerjaya serta mengingati 'Kak Long' selalu.
Sekian.
Tulus daripada anak didikmu,
Kak Long
(NUR HUMAIRA BINTI AMIR)
* Sangat-sangat rindukan mereka semua!
★ Don't shy to comment or like this entry ★
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir
4 000 Readers:
wahhh hahaha.
rindu nak buat surat tuu :P
hahaha..
buat je la..
then bagi link.. nanti saya baca..
hahahah...dah lama tinggal benda2 gini.skang klu suruh tulis surat,gelabah cari format cmne nk tulis.
hehehe...
search kat internet confirm jumpa...
Post a Comment