My 15th Birthday

Hari ini Aira nak kongsi sikit cerita tentang hari lahir Aira tahun ini...
Tahun ini Aira sambut tak guna kek pun sebab tahun ni agak sibuk dengan PMR...
nak - nak lagi hari lahir Aira satu hari sebelum PMR...
Walaupun cikgu bagi cuti rehat tapi memang sibuklah mengulangkaji lah katakan...
Tapi nasib baik keluarga Aira tak lupakan Aira....
Terharu sangat lepas adik -adik (Izzah, Haziq dan Irsyad) Aira buat kejutan beli Aira hadiah - hadiah ni:

Aira lahir tahun lembu jadi sebab tu dapat hadiah patung lembu...

Kawan baik Aira, Izzati pun tak lupa juga beri hadiah untuk Aira:

Dengan itu Aira nk ucapkan Terima kasih kepada keluarga Aira, Izzati, sahabat facebook yang ucapkan selamat hari lahir kat Aira serta rakan sekelas Aira yang dah tersambut hari lahir Aira dan "kembar" Aira semasa Jamuan Bertenang yang lepas...

Sekian, semoga semua calon- calon PMR mendapat markah yang cemerlang dalam PMR nanti...
#Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada senior - senior yang 
akan mendudukinya pada 5 November ini... Kabbate!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Ber 'Blog' semula...

*Puh* Puh*
cewah banyak betul habuk kat blog Aira ni, sarang labah - labah pun ada...
Almaklumlah dah lama Aira tak kemas kini blog Aira...
Sekarang ni Aira dah tak sesibuk dulu, yela PMR kan dah habis dan sekolah pun
 dah jarang  pergi sebab kalau pergi pun lepak je...
Oleh itu, Aira akan selalu menaip dan berkongsi cerita Aira seperti selalu...
Salam kembali Aira ucapkan kepada semua....
Untuk pengetahuan semua :
Aira dah buka semula tempahan Edit Blog, Buat Header, Banner dan lain - lain...
Bagi sesiapa yang tak tuntut hadiah Giveaway lagi boleh beritahu Aira di page Aira:
Page Aira Amir
Maaflah tak sempat nak balas komen korang dan blogwalking 
kat blog korang yang comel dan hebat tu...
#Header Aira dan lagu blog sudah bertukar...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir