Gallerian Part 2

Pada 24 hingga 27 Jun yang lepas sekolah Aira telah menerima kunjungan pelajar dari 
 Colac Secondary School, Australia.
Kunjungan tersebut adalah kerana program pertukaran pelajar Australia ke Malaysia.
Oleh sebab, Aira merupakan pengawas galeri, Aira ditugaskan untuk menyambut
kedatangan pelajar tersebut  bersama-sama 11 orang lagi pengawas galeri yang lain.
Yang menyeronokkan ialah  Aira berpeluang untuk berkomunikasi dengan pelajar tersebut
dalam Bahasa Inggeris, walaupun Bahasa Inggeris Aira hancur tapi redah sahajalah.
Pelajar-pelajar tersebut sangat ramah apabila Aira berbual dengan mereka.
Aira bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar dan 
Aira dapat menambah kenalan dari luar negara.
Berikut antara gambar yang Aira sempat tangkap bersama dengan pelajar -pelajar Australia tersebut:
Aira dan Tyson

Dari kiri: Ila, Sarah,Olivia, Rachel, Aira, Alya

Aira dan Lewis

Dari kiri: Fatini, Aira, Alya, Lewis, Ila

Dari kiri: Rhiannon,Aira,Ila, Alya, Bianca 
-Mereka kembar tau..

Pengawas galeri yang bertugas.
#Selasa ini(16/7) -Aira ada ujian ICAS BI, doakan Aira okay!
#Isnin(29/7)-Aira ada ujian bulanan...
Sebelum terlupa salam Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Gallerian Part 1


Hari ini Aira nak kongsikan cerita berkenaan tugasan kedua Aira sebagai pengawas galeri di SABS.
Tugasan pertama Aira menyambut seorang bekas pelajar SABS yang telah merasmi program
NILAM pada bulan lepas.
Tugasan kedua pula Aira ditugaskan untuk menyambut lawatan dari sebuah sekolah cemerlang
di Terengganu.
Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana Aira ditugaskan di ruangan barangan antik.
Walaupun Aira tidak berapa tahu berkenaan barangan antik namun nasib Aira sungguh baik  kerana Aira
berjaya menjalankan tugas Aira.
Kebanyakan pertanyaan yang diujarkan kepada Aira adalah berkenaan dengan diri Aira 
bukannya barangan di galeri itu.
Aira sampai terfikir yang kitaorang ni macam barang pameran saja sebab
kebanyakan guru yang datang dari Terengganu meminta kami menceritakan tentang
diri kami dan bukannya barang pameran di galeri itu.
Yang lucunya sempat lagi kami bergambar sementara menunggu pelawat tu sampai...
Yang cuaknya apabila tiba-tiba sahaja cikgu penasihat kami masuk dan suruh kami bersiap sedia..
Punyalah kelam kabut waktu tu sampai rasa nak pengsan je..
Apa yang Aira dapat hari itu adalah
 memori yang sangat berharga...

#Sepanjang bulan ni Aira ada peperiksaan pertengahan tahun, doakan Aira ye :)
Sejarah kertas 3 merupakan satu benda baru bagi Aira sebab tu Aira sedih
juga sebab tak tahu nak jawab macam mana...
Tapi, akhirnya Aira berjaya juga dalam cubaan menjawab kertas tu.


★ Don't shy to comment or like this entry ★

Perbincangan Kumpulan di UTC!

Cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya..
Sahabat blogger yang masih bersekolah, dah bersedia nak belajar semula dan
latihan yang diberikan cikgu sudah siap?
Hari ini Aira dan kumpulan Bahasa Inggeris Aira secara saat-saat akhir 
buat perjumpaan di UTC.
Tapi yang sedihnya daripada 5 orang hanya 3 orang sahaja ahli kumpulan Aira yang hadir
kerana yang lain semua sibuk dengan urusan keluarga mereka.
Yaya dan Ila sibuk sangat pergi kenduri kahwin kot...
Dari pukul 9.00pagi -2.00petang kami memikirkan tentang cerita yang ingin
kami bentangkan kepada guru Bahasa Inggeris..
Maklumlah tugasan berkumpulan ini merupakan satu pertandingan yang dianjurkan
oleh sebuah syarikat surat khabar yang terkenal dengan kerjasama sebuah syarikat
makanan segera yang terkenal di Malaysia.
Akhirnya,kami putuskan untuk membuat cerita berkenaan superhero..
Nak buat macam mana, otak beku sebab kan musim cuti...
Aira dah kurang idea sampai siap tanya Pakcek Panda lagi,
nasib baiklah dia sanggup nak tolong kumpulan Aira.
Berikut merupakan gambar sepanjang Aira dan kawan-kawan serta adik-adik
Aira semasa berada di sana..
Areen dengan tekun buat tugasan guna phonenya...

Buat-buat rajin :D
Perbincangan tentang Lawson sebenarnya...

Ni lah #Wirabaktiboy yang merupakan ketua kumpulan ni

Adik-adik lelaki Aira


Aira w/ little sis; Izzah


Aira harap kumpulan kami akan menang hadiah utama iaitu
Percutian ke Hong Kong Disneyland!
Doakan kami ye :)

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Alhamdullilah, dapat juga akhirnya!

Hari ni merupakan hari ketiga Aira berada di SABS..
Semalam Aira penat sangat sebab Aira tak henti - henti ada perjumpaan dengan cikgu kat sana..
Mula-mula Aira jumpa GPK Kokurikulum, lepas itu Aira dan kawan - kawan Aira diminta pergi berjumpa
dengan guru kaunselor untuk bertanyakan tentang kerjaya dalam Sains Sukan..
Tapi  Aira nak jadi forensik jadi Aira kena ambil matapelajaran Fizik tetapi Aliran Sains Sukan
tidak menawarkan matapelajaran tu, jadi Aira nak tambah matapelajaran Fizik,
Aira pun pergi jumpa cikgu Fizik tetapi Cikgu Fizik suruh pergi jumpa GPK Pentadbiran.
Punyalah penat, sampai kat bilik GPK pentadbiran je Aira terangkan permintaan Aira da kawan - kawan lepas tu beliau tanya 
keputusan PMR Aira dan meminta Aira dan kawan - kawan Aira menulis nama kami semua...
Akhirnya selepas Aira buat lawatan sambil sesat kat sekolah tu semalam...
Aira dapat belajar di kelas Sains Tulen...
Aira rasa bersyukur sangat cuma Aira kesian kat kawan - kawan Aira yang tak dapat tu...
Lepas cuti tahun baru Cina ni Aira akan memulakan perjalanan Sains Tulen Aira di SABS..
Yang paling mengejutkan Aira adalah apabila Aira terserempak dengan rakan sekelas Aira daripada SMKIM2 sebab mereka ada perlawanan persahabatan bola sepak di SABS.
Sempat jugalah mereka lambaikan tangan dan memanggil nama Aira walaupun pada masa tu Aira agak terkebil- kebil sebab Aira tak perasan yang mereka memanggil Aira..
Apa - apapun Aira akan cuba untuk belajar dengan bersungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2014 nanti..

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sains Sukan?!

Hari  ini Aira pergi mendaftar di Sultan Abu Bakar School, Kuantan...
Aira kecewa sangat lepas cikgu tu cakap budak yang tak dapat straight A PMR tak boleh masuk kelas Sains Tulen, kena masuk Sains Sukan ataupun Sains Sosial...
Rugilah sebab Aira dah sebulan belajar Fizik, tetiba je kena drop dan gantikan dengan sains sukan..
Benda apa tu pun Aira tak tahu sebab first time Aira dengar..
Ayah Aira tak galakkan sebab peluang pekerjaan sempit sebab kawan ayah Aira yang ambil aliran tu
tak dapat kerja yang sepadan dengan masa yang dia korbankan pun, 
sekarang duduk buat kerja macam orang tak berpelajaran je...
Lepas tu bila nak masuk universiti, tiada satu pun yang nak tawarkan pengajian kat situ..
Macam mana ni, Aira nak jadi forensik bukannya penganggur tegar kat sini!
Aira nak belajar kat Harvard University bukannya "Universiti Menganggur"...
Aira tertekan sangat sampai kadang - kadang Aira rasa macam nak terjun ke dalam gaung belakang rumah Aira je!
Macam mana ni SAINS SUKAN? ataupun SAINS TULEN?
Aira kena fikir betul - betul sebab Aira merupakan role model untuk adik - adik Aira, takkan lah akak diaorang mengganggur nanti sedangkan diaorang semua menjawat jawatan yang tinggi...

Ya Allah permudahkanlah keputusan aku ini...
 Dan biarkan keputusan yang aku pilih ini akan membuatku memperoleh
 kecemerlangan di dunia dan di akhirat Ya Allah..

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sayonara 4 Sains!

#Kek buatan sendiri, sebab tu tak cantik...
Semalam sewaktu Aira balik daripada sekolah dengan kesejukan hujan yang lebat tu,
Aira ternampak sepucuk surat yang tertera nama Aira...
Aira buka dan syukur Alhamdullilah Aira dapat tawaran ke SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan.
Bagi Aira cukuplah walaupun tak dapat SBP ataupun MRSM sekurang - kurangnya Aira dapat SRK...
Esok Aira akan mendaftar diri, cepat kan.. semua kawan - kawan Aira terkejut..
Tapi Aira ke sekolah tu tak keseorangan sebab ada seorang lagi rakan sekelas Aira yang pergi jadi
Aira tak akan rasa akward lah kat sana.
Aira akan menetap kat asrama jadi maknanya jarang-jarang lah Aira dapat kongsikan cerita Aira kat blog ni..
Yang paling seronoknya Aira dapat buat kejutan kat kawan - kawan Aira, sebab Aira bawa kek seperti yang Aira janjikan, cuma ada yang agak marah sebab Aira tak bagi tahu awal - awal.. *Surprise*
Aira tak nafikan yang Aira agak sedih untuk meninggalkan kawan - kawan Aira iaitu:
✿Izzati ✿Elma ✿Shafiqah ✿Syakirah ✿Aina 
✿Pelajar 4 Sains
Sedikit gambar - gambar memori yang Aira ada...
Semoga persahabatan kami semua kekal lama...
Good Luck semua, jangan lupa dapatkan 9A+ SPM 2014 ni, ye?!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Freebies: Header Kiss You - One Direction

Okay kepada Directioners kat luar sana tu mesti tengah gembira sebab maklumlah One Direction dah keluarkan muzik video terbaru yang bertajuk Kiss You
Oleh itu, Aira sebagai peminat One Direction juga berbesar hati hari ini nak beri Directioners semua header 1D yang berbentuk chibi ni...
Gambar tu, Aira jumpa kat google dan title tu Aira letak tajuk lagu Kiss You.
#Nak ambil tu beritahu ye, nak kreditkan pun tak pe....
Maklumat berkenaan header:
- corak title adalah Checkers
-saiz: 780 x 300  
-sudah di transparent kan 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihjyRZvdftLgmyEvH2h0m8BhuXlETb8qbtuw-iho4MhzqsXGGCx1MUbQdQwE-ibKyKG6EBJSvr8guSM6LXkwb_qOtPqmPfJWRSgXP5p1OHtmf2kT3jmG_NzW5zN1NTxh0CGzKWzkDIoHLW/s320/one+direction+header+grey+checker+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibpJF341cmSqahRtSlVDzBhlzrNnUVuZWy3YwgDrg8nDIaworj-bC61MKPkTfdZaUhWFttx00QkRs8jBXCKk1wam14wiTrBdGqmhUErzjK-5u6GCEehKgkxjzRKoXRg6SMqmJh22Lz6j0G/s320/one+direction+header+blue+checker+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiaGUO4byuRtrTS4cyjqoxXdm7pJap4a1lpssLBxnMjpat2OGDp3wPwrWUUq6C-8BsfD89474lcKW8MceDn3PNsPm-vm31gwLC13GTN5hIMNDnuOChfYtzaOKmkydh9AA2cQqMiQprFpg1U/s320/one+direction+header+green+checker+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihevCGgKXVu0-ARerALuCcVY4C4Pg74CUlPgaWudVPQrtcm5UvKsVSNJCIWjo2BDa9kmM0zvSjjJQ5cc_YX1f9SQJWLF2l_e9kivil3TwkKchL68Ryk6Zi3XYr_HGpIuGz5awXYgif3wmA/s320/one+direction+header+pink+checker+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG2VCQQNNgyVP9uFL8msk5Aud3QFXCcV2Zg1au2AHDz8PUfOKjkbzPuLgW2BNGsku5bGGfNntFi_Vu0M4seEDtHg1yWvqiZ9EdznbTW-zcPtWIgD_qNwNGDNyJNm6ZZ7gyH7DXp8kej7br/s320/one+direction+header+purple+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZevi-JGNAyKje4Ti4UB5O-59EcXHWhnynBq4uH_AnuUZukmKt0j0iqW0AiEa1S2MOtY6UX9f7WZ8c5YO_ldT1gXaLiGlEGIS9t57NwL-3O1XiyiNyDKIlYoMUN91-AhVYLp7W30jhW09J/s320/one+direction+header+red+checker+blue.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh80N7JL_h1HWIIvTKQ8g5Mxb8yRpmtFv5U_KiHxiABBorFUqj0zKQuWF5g2HY6jnuQ29Pa8PjieBSa84tywQLTjD0uRTrHJxAG4hhZ9oqHwVrRoT5imPQ0oTVQoe8Qro3zgQnzeGF259ww/s320/one+direction+header+yellow+checker+blue.png

#untuk permintaan warna selain warna yang Aira dah beri, boleh malumkan kepada Aira...
Tak perlu malu-malu ye.
Tu je lah buat masa ni. Nanti Aira buat lagi ye sebab sekarang ni Aira sibuk nak buat cupcakes untuk bisnes Aira :)

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sains Tulen?


Tahun baru ni, Aira dah jadi pelajar tingkatan empat.
Waa, Aira dah semakin tua lah.
Masuk - masuk sekolah je dapat kelas sains tulen.
Tengok subjek semuanya macam okay dah tahu subjek apa yang ada dalam sains tulen.
tapi masa belajar Add Math je, Aira terus terfikir..
boleh ke Aira belajar add math? matematik masa PMR pun Aira struggle nak dapat A*Alhamdulilah, nasib baik dapat...
Aira kena cuba juga kan... yela sebab nak ambil Biologi termasuk sekali dengan Add math.
Apa yang Aira rasa agak susahnya bila semua subjek dalam bahasa Melayu kecuali bahasa Inggeris lah kan.
macam mana Aira nak belajar subjek Sains dan Math yang dari darjah satu Aira belajar dalam Bahasa Inggeris, tetiba je kena tukar bahasa...
Bab kata Izzati:
Tahun ni kitaorang kena kejutan budaya tau...

Okaylah sampai di sini sahajalah Aira boleh bercerita, Aira dah penat. Maklumlah tadi seharian ada orientasi di sekolah. Letih sangat - sangat...


★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir