Result PMR? PMR?

Hari ni baru Aira perasan ada seorang blogger iaitu Miss Syasya Suhaimi tanya Aira, berapa result PMR Aira... Sorry lambat baca...
Result PMR Aira, Aira hantar suruh semak semula sebab Cikgu Aira nasihatkan Aira buat macam tu.
Result Aira sekarang adalah 7A 1B...
Nak tahu aapa yang B?
mesti ada yang cakap BI lah tu...
Tapi B Aira ialah Subjek Pendidikan Islam!
Cikgu- cikgu Aira  terkejut  sebab Aira punya result PI selalu dapat A even waktu trial pun tapi tetiba je jadi B.  Waktu tu seriously Aira tertekan gila bila dapat tahu PI Aira dapat B. Nak - nak lagi lepas tu bertubi - tubi SMS daripada kawan - kawan Aira tanya Aira dapat berapa A. Lepas Aira cakap 7A je. Diaorang takdelah terkejut mana tapi bila dapat tahu subjek B tu PI semua suruh semak balik. Takut tersalah kan.
Mula-mula Aira ingat Aira sorang je B PI *malunya!!! sampai Aira tak pergi ambil result pun.. Mak Aira jadi wakil...
Rupa - rupanya dua orang lagi rakan sekelas Aira pun senasib dengan Aira, jadi kami semua semak semula result PMR.*kecuali seorang tu tak tahulah dia nak semak ke tak..
Nanti InsyaAllah Aira maklumkan result PMR Aira yang akan keluar bulan Mac ni. 
Doa-doakanlah Aira dan kawan-kawan yang senasib dengan Aira dapat A dalam PI ye :)
Sekian...
P/S: Blog Aira dah berumur setahun pada 27 Disember yang lalu tetapi Aira tiada masa nak buat giveaway.
.Mulai tahun depan Aira akan jual Cupcakes tapi  Aira jual kat kawasan sekitar Kuantan je.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

My Class Souvenir 3 Arif 2012

Apa khabar blogger semua?
Hari ini merupakan hari terakhir Aira bersekolah.. *oops pelajar lepasan PMR je lah...
Oleh sebab itu, sekolah Aira ada anjurkan jamuan kecil - kecilan untuk pelajar tingkatan tiga...
Hari ini juga ada majlis penyampaian hadiah...
Banyak juga hadiah dan hamper yang kumpulan Aira dapat... Menang besar lah orang katakan...
#perasan betul padahal ramai budak tak datang sebab tu dapat banyak makanan...
Apa yang Aira nak ceritakan sebenarnya pasal rantai kunci ni....
Kelas Aira juga ada tempah rantai kunci bentuk Panda (Idea Aira yang gila-gila ni )
Sebenarnya nak buat bentuk lembu sebab kami semua kan lahir tahun lembu dan lembu juga banyak memberi memori pahit pada kami....
yela kalau lembap sikit cikgu akan cakap Bodoh Macam Lembu....
nak buat macam mana kan...
Tapi sebab ada beberapa masalah, kami batalkan hasrat tu dan tukarkan dengan bentuk Panda...

Aduhai, letih dah Aira bercerita jadi Aira nak minta pandangan anda semua...
Comel tak?
Kalau comel tempahlah....
Aira tempah kat Kedai Dmasyricraft yang diusahakan oleh Kak Dayang...
Hasil kerja akak tu pun bagus dan yang penting harganya berpatutan...
Jadi Aira cadangkan kalau ada yang nak buat cenderahati boleh lah singgah ke laman web ini:
Dmasyricraft
Dengan rajinnya Aira nak hadiahkan kepada pemilik blog ni header yang tak berapa cantik ni...
Yelah Akak Dayang dah banyak bantu Aira walaupun susah nak jumpa mana sekolah Aira...
http://i.imgur.com/lYAeC.png
Guna Ctrl + C untuk copy... *kalau tak tahu nak masukkan boleh tanya Aira
Harap sudi ye ambil... 
Sekian...
#Aira ada ujian UKKM untuk MRSM pada 28 November ni....
 Kena buka buku dan belajar semula lah ni...
Doakan Aira ye...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

My 15th Birthday

Hari ini Aira nak kongsi sikit cerita tentang hari lahir Aira tahun ini...
Tahun ini Aira sambut tak guna kek pun sebab tahun ni agak sibuk dengan PMR...
nak - nak lagi hari lahir Aira satu hari sebelum PMR...
Walaupun cikgu bagi cuti rehat tapi memang sibuklah mengulangkaji lah katakan...
Tapi nasib baik keluarga Aira tak lupakan Aira....
Terharu sangat lepas adik -adik (Izzah, Haziq dan Irsyad) Aira buat kejutan beli Aira hadiah - hadiah ni:

Aira lahir tahun lembu jadi sebab tu dapat hadiah patung lembu...

Kawan baik Aira, Izzati pun tak lupa juga beri hadiah untuk Aira:

Dengan itu Aira nk ucapkan Terima kasih kepada keluarga Aira, Izzati, sahabat facebook yang ucapkan selamat hari lahir kat Aira serta rakan sekelas Aira yang dah tersambut hari lahir Aira dan "kembar" Aira semasa Jamuan Bertenang yang lepas...

Sekian, semoga semua calon- calon PMR mendapat markah yang cemerlang dalam PMR nanti...
#Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada senior - senior yang 
akan mendudukinya pada 5 November ini... Kabbate!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Ber 'Blog' semula...

*Puh* Puh*
cewah banyak betul habuk kat blog Aira ni, sarang labah - labah pun ada...
Almaklumlah dah lama Aira tak kemas kini blog Aira...
Sekarang ni Aira dah tak sesibuk dulu, yela PMR kan dah habis dan sekolah pun
 dah jarang  pergi sebab kalau pergi pun lepak je...
Oleh itu, Aira akan selalu menaip dan berkongsi cerita Aira seperti selalu...
Salam kembali Aira ucapkan kepada semua....
Untuk pengetahuan semua :
Aira dah buka semula tempahan Edit Blog, Buat Header, Banner dan lain - lain...
Bagi sesiapa yang tak tuntut hadiah Giveaway lagi boleh beritahu Aira di page Aira:
Page Aira Amir
Maaflah tak sempat nak balas komen korang dan blogwalking 
kat blog korang yang comel dan hebat tu...
#Header Aira dan lagu blog sudah bertukar...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Tutorial : Letak Ayat Copyright

Hari ni nak ajar satu tutorial ni...
Saya tahu mesti dah ramai yang tahu tutorial ni...
Tapi apa salahnya saya nak ajar kan?
Bagi sesiapa yang tak tahu hari ini saya akan ajar anda buat ni:




Langkah satu:
Dari Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates

Langkah dua:

Tekan Ctrl + F dan cari code di bawah ni:

</body>

Langkah tiga:
Copy dan Pastekan code dibawah ni kat Atas code </body> :
<script type='text/javascript'>    window.setTimeout(function() {        document.body.className = document.body.className.replace(&#39;loading&#39;, &#39;&#39;);      }, 10);  </script> <center>Ayat Copyright Anda</center>
#Ayat Copyright Anda : Tukar dengan ayat anda...

Langkah empat:

Preview dulu kalau jadi Save!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Obses dengan Maid Sama!



Okay, tetiba je jadi obses dengan cerita ni...
Dulu K- on! sekarang cerita pasal Maid pula....
Cerita ni best tau sebab....
Anime dia comel dan handsome...
Yang heroin ganas tapi sweet...
Yang hero blurr tapi gentle...

Memang best cerita tu sampai semalam...
Saya buka kamus bahasa Jepun dan cari perkataan SAMA...
dan maksudnya ialah Tuan / Cik / Puan...
bukan bererti seerti tau... :D

Untuk lebih pengetahuan berkenaan Maid Sama boleh klik

Maid Sama!
Sebab tu lah kalau orang tanya kenapa saya pergi Jepun?
Saya akan jawab sebab Anime :)
Ingat lagi dulu waktu pergi sana tengok Ninja Hantorri..
Best gila sebab cakap bahasa Jepun dan saya cuma faham lagu je..
apa yang kartun tu cakap saya tak faham...
Kalau saya obses dengan Maid Sama dulu mesti saya beli komik cerita tu...
Tapi saya beli komik One Piece!
dan akhirnya tidak dibaca pun sebab 100 % tulisan Jepun..
Jadi tengok lukisan je... =_="

Hee~~ Ada sesiapa nak beri Komik Maid Sama! untuk saya tak? 
# Muka tak malu#

Okaylah nak tunggu Maid Sama! bersiaran jam 6:33 pm di ANIMAX..
Sayonara ^^

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Header baru lagi :D


Yeah...
Header saya bertukar lagi..



Tapi kali ni ada blogger hadiahkan :D
Sebenarnya dapat sebab menang Give away blogger tersebut...
Give away yang ni:
1st giveaway by syakila syed alwi

Siapakah blogger tersebut?
Semestinya...

Cik Syakila 

*Wajib jenguk tau!
Sebenarnya saya menang edit blog..
Tapi sebab tak tahu nak edit apa...
Jadi dia tukarkan dengan header..
Hee okaylah header saya kan buruk...
Bila ada orang bagi.....Bangga betul rasanya!

Terima kasih banyak - banyak sebab bagi Header ni :D

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sempena Hari Lahir...

Akhirnya, baru ada cerita yang ingin dikongsikan
bersama anda semua :D
Bulan Jun merupakan bulan yang amat bermakna dalam
keluarga saya sebab...

Bulan Jun merupakan bulan hari lahir Achik dan Adik!
Jun juga merupakan hari bapa...

Sempena hari lahir Achik...
saya telah memberi Achik Beat by Dr Dre ( Tour set Pink)

dan
saya juga dengan hati yang tetiba je jadi baik telah
Re - edit blog Achik untuk kali ke berapa entah...
Yang akhirnya fully with Pink sampai saya pun rasa nak muntah...
#Saya tak suka sangat warna pink nak nak lagi kalau yang terang striking! #
Tapi yang ni soft je...
Bolehlah kalau nak tengok blog Achik (Promote sekejap)
Pinky Story
Untuk hadiah Adik.. saya tak tahu lagi nak beri apa...
Adik kan lelaki... jadi susah sikit...
Erm, tahun lepas saya bagi tabung... 
Tahun ni...
Tak tahulah...
Ada sesiapa yang ada idea tak?

Hari bapa pula...
Still tak tahu nak bagi apa...
Tahun lepas saya bagi Abah alas cawan...
Hee~~~ Tu pun sebab tak tahu nak bagi apa!

Huh, ada sesiapa yang nak tolong tak?

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Freebies Header Muslimah #1

Okay hari ini...
saya dah siapkan dua header..
Jadi header itu telah dijadikan freebies untuk anda semua :D
Doodle yang digunakan milik Yasmin Aris dan apabila digunakan
mesti creditkan kepada beliau :D

Header pertama :



Jingga


http://i.imgur.com/SoTng.png
 Header kedua :

Hijau

http://i.imgur.com/bAeGt.png


Okay, tu je untuk hari ini....
*Saya dah mula upload gambar guna Imgur.com :D 

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Tutorial : Disable right click without alert

Tutorial lagi...
Kalau entri lepas Tutorial Disable Right click with Alert...
Yang ni tiada alert...
Jadi bermakna tiada mesej yang keluarlah...
Tapi still lagi tak keluar perkataan Open Link in New Tab...
Hah jom buat pula :D

Disable Right Click without Alert
Copy code di bawah ye:

<script language=JavaScript>
<!--
//Disable right click script III- By Renigade (renigade@mediaone.net)
//For full source code, visit http://www.dauspozi.com
var message="";
///////////////////////////////////
function clickIE() {if (document.all) {(message);return false;}}
function clickNS(e) {if
(document.layers||(document.getElementById&&!document.all)) {
if (e.which==2||e.which==3) {(message);return false;}}}
if (document.layers)
{document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS;}
else{document.onmouseup=clickNS;document.oncontextmenu=clickIE;}
document.oncontextmenu=new Function("return false")
// -->
</script>

Lepas tu dari Dashboard > Design > Add a gadget > Html

Pastekan dan save!
Siap :)

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Tutorial : Disable right click with alert

Tutorial lagi untuk kali ini :D
yela bila dah ada page untuk tutorial terus jadi obses dengan tutorial...
Hari ini nak ajar cara disable right click...
Hah tak tahu?
ala kalau anda right click kat blog saya kan tak
keluar kotak yang Open Link In New Tab...
sebab saya dah disable kan...
Macam biasa guna Ctrl + c ye...
#Kalau susah guna Ctrl + c bagitahu ye nanti saya able kan balik right click :D

Okay jom mulakan pengajian :D

Disable right click with alert

Yang ni ada alert tau...
yang bermakna apabila seseorang tekan right klik akan keluar
mesej macam ni:




Jadi cara nak buatnya seperti ini...

Copy code di bawah ini ye :D

<style>body {cursor:crosshair} </style>


<script language=javascript>
<!--
//edit by unwanted


var message="Kata - kata pedas anda";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>


*Pekataan Kata - kata pedas anda tukarlah
kepada perkataan anda sendiri :D

Lepas tu dari Dashboard > Design > Add a gadget > Html

Pastekan dan save!
Siap :)

# Nak yang tiada alert tunggu entri akan datang :D

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Tutorial : Music Player

Disebabkan sekarang saya tengok ramai blogger
dah guna music player macam kat bawah ni termasuklah saya :D

Jadi saya akan tunjukkan kepada anda semua cara untuk membuatnya...

Step pertama:

Pergi ke sini:

Step kedua:

Anda pilih yang autoplay tu..
sama ada 1 atau 0...
1 = Autoplay
0 = Not Autoplay

Step Ketiga:

Anda cari lagu yang anda nak letak kat blog...
Salah satunya boleh guna yang ni:

Dah klik link tu...
Terus je pilih lagu yang anda nak...
Dah dapat klik pada tajuk dan...
Lepas tu.. Tekan Ctrl + F (Untuk memulakan pencarian)
dan search mp3

jadi contohnya macam ni:

Tapi nanti dalam panjang- panjang code yang ada tu:

mp3=http://irondj.net/mix/file/20130/One_direction-More_than_this.mp3&showstop=1&showvolume=1&showloading=always&volumeheight=9&width=203&height=20" />
Anda kena pastekan yang start dengan perkataan http://irondj.net...... mp3
ke dalam ruangan mp3

Step keempat:
Daripada Category --> General...
Bawah drop down menu General tu ada ruangan Colours kan?
Lepas dah tekan Colours tu...
Anda tukarlah kepada warna pilihan anda..
Kod warna boleh ambil di sini!

Step kelima:

Hah, dah puas hati dengan warna tu?
Jadi copy semua code yang ada di ruangan HTML CODE

lepas tu apa lagi pergi ke Dashboard > Design > Add a Gadget > Html Code

dan pastekan code yang anda copy tadi dan save!

Akhirnya siap juga :D
Jangan lupa komen kalau jadi...
Kalau tak jadi pun komen lah juga ye :D

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Snow White and The Huntsman!

Alhamdullilah...
Balik je dari tuisyen tadi, kami pergi Kompleks Teruntum
nak tengok wayang cerita baru ni:
~Gambar Hiasan~

Disebabkan wayang mula lambat jadi kami pun berjalan dulu..
Lepas beli tiket ternampak poster kat bawah ni...
Apa lagi terus pose!
Dari kiri: Angah, Aira, Adik, Achik


Mula je cerita tu muka kami semua teruja gila...
Seronok dapat tengok cerita ni...

Bab paling sedih masa Gus - Orang kerdil tu mati
sebab selamatkan Snow White (Kirsten Stewart) daripada 
dipanah...
Tapi ada juga bab yang manis...

Cewah.. Tak boleh cerita lebih - lebih...
Kena pergi tengok sendirilah ye... :D
Wajib tonton sebab best sangat....
Walaupun cerita ni dongeng je tapi dah diolah dengan lebih
baik dan menarik!

# Nak pergi tengok Mirror Mirror pula lah... #

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Tidakku duga...

Yeeha! Entri pertama bulan Jun!
Sebelum tu nak ucapkan selamat hari lahir kepada sahabat Aira:
Ika Harisha dan Dila Nani!
juga tidak lupa kepada sesiapa yang lahir hari ini!

Okay tu mukadimah je...
Ni baru betul...
Dah dua hari Aira tak menaip kan?
Bukan sibuk cuma malas sedikit...
Ada satu cerita yang Aira nak kongsikan bersama anda semua...

Pada petang Khamis yang lalu Aira telah keluar
ke bandar bersama Abah dan Umi Aira kerana adik - adik
Aira yang lain berada di kampung!
-Sekarang mereka kat rumah dah :D
Lepas pergi Berjaya Megamall...
Pergi Kuantan Parade...
Secara kebetulannya pergi KP Aira terjumpa dengan bekas pengetua
Aira Ayahanda Haidzir (Pengetua sekolah lama Aira)
Disebabkan  Aira takut jadi Aira terus je lari dari situ...
-Perasan je macam pengetua ingat kat Aira je!
Rasanya dia ingat kot... Yela budak yang suka minta balik
semasa duduk kat asrama! -Homesick okay!!!

Sampai je kat food court Aira terus updated status kat facebook:

*Klik untuk tumbesaran...

Tak sangka pula Daddy (Cikgu seni yang ni)  kat sekolah lama Aira
komen.... Hehehe terharu tau dengan soalan beliau....
Tak sangka ingat lagi Daddy dekat Kak Long ni!
Bangga! XD
Agak sedih waktu nak jawab soalan tu...
Dah lah waktu tu tengah melayan Skype
dengan Aqilah (Kawan sekolah lama)
Rasa macam nak menangis je...
Tak cukup lagi tu jadi ditambah lagi dengan soalan
daripada Abang saya iaitu:

Tak rindu kat Clifford ke?

Aira pun jawab mestilah rindu...

Tapi bila difikirkan balik:

Tak naklah sekolah situ semula sebab jauh dan Aira  ni jenis yang
tak berani naik bas.. Lebih baik naik Kereta Api
ataupun Kapal Terbang daripada Bas....
Menggerunkan!!!

No Matter Far The Distance Between Us!
 Clifford Always in My ❤ #

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Freebies Header Fruit #1

Freebies Header lagi!
Tapi kali ni buah - buahan pula...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQerV-_vHlXF4hyphenhyphenRApXBaArod2EG246sW51AqDB7B26vy5kJM56xC_2AXAhsyRpT2CwixzG3sWgWLkNbu0FiuTGUgooGC_1kBd3ooIfi1Cyoj306pN0adqKaZGzsogLLSHWqRReZP5WnYi/s1600/Header+Apple.png
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDtmCoh7zmAfqJnymzzrMf18_LBOSGM2jiwEmtO-7jojRXPs6UX1UKByTTXHyFWAOenk-Y5NvGiAs-vr2-XOlLOD1MsBpnotkPWafEZFd5hRHM8gtr_ofvtho5QiSvLGKh4EKCfLDDvXku/s1600/Header+strawberry.png
Okay ini maklumat bagi header ini:

Saiz: 780 x 300
Sudah transparent :D
# Souce Image: Miss GG
Harap anda semua suka ye... Nak ambil tu beritahu ye.. Tak perlu creditkan...
Nanti kalau saya rajin... Saya cuba cari image buah- buahan lain pula :D

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Freebies Header Cute Girl #1

Okay, disebabkan saya terlampau bosan dan sedang melarikan diri daripada
kenakalan sepupu - sepupu saya...
Maka terciptalah dua header yang tak berapa cute seperti tajuk di atas...
#Sekadar mencuba nak buat header #

Header Pertama: (PINK)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilKAFFkuchMiYWirKljGDWfrRy6i-GU0iTyVm8rDvgKDhQ4QGpQTd3JgFHbhssuUX6lZprIGjm6zy0UZ-IKN9WYAvKxg-SBYgkAyLjeYrh-ORuuLQpo-X9hiPb87XS8xQgfCDiLtpsXTid/s1600/Header+Cute+Girl+1.png

Header Kedua: (BLUE)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhncaxlJkkHY0dllTMhPBCv_7P4bEepRqk3evFhrksTInILi5H9DxVSOFPQf2KW8nha5BXZFE7KOJKdItL1dk40dKWcSpq1vqHoIKZUMQ70oEu2Q40jeq-1D2wpwpwgjJIqiJ1FK1qwisDP/s1600/header+cute+girl+2.png
Makluman mengenai Header:

Saiz: 780 x 300
Sudah transparent :D
# Souce Image: Miss GG
Harap anda semua suka ye... Nak ambil tu beritahu ye.. Tak perlu creditkan...
Nanti kalau saya rajin... Saya cuba cari image warna lain pula :D
★ Don't shy to comment or like this entry ★

Jalan - jalan ke Karak Setia...

Sihat tak semua?
Kalau sihat baguslah...
Tak macam saya...
saya demam + sakit tekak + pening kepala!
Terbaiklah...

Okay berbalik kepada tajuk di atas....
Semalam saya pergi Karak sebab hantar mak cik saya...
Hari ini dia mulakan kerja sebagai Pembantu Makmal di SMK Karak Setia...
Tak lah jauh sangat dari Kuantan...
Tapi sebab tak tahu jalan maka lambatlah juga sampai...
Lagi satu sibuk  cari rumah sewa...
Fuh, macam gelagat orang kami jumpa masa tanya tentang rumah sewa...
Tapi akhirnya jumpa satu rumah...
Tapi tak telefon lagi...
Jadi kami terus hantar Mak Cik saya pergi rumah kawan dia...
Akhirnya lepas tanggungjawab pertama :)

Dalam perjalanan balik kami pergi makan kat Permatang Badak...
Ni adalah antara gambar yang sempat saya ambil...
Makan- makan!

Betapa kebulurnya Pak cik saya  :D

Pak cik saya buat Duck Lip...
Hahaha :D

Kami sampai ke rumah dalam jam 8:00 malam...
Huh, letih sampai demam!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Hello Kitty Online Shop! Part 2

Testing, testing...
hehehe today my entry is in English language...
You don't need to close your tab because you are
in right blog... :D

Do you remember the last part?
forget?
so just click here!
But today I don't want to share about Hello Kitty but about
new bracelets and watches!
Moreover, when you buy the items you don't need to pay the shipping!
Free Delivery!

Okay here the

 watches:
Fancy with three colours to choose!

Ready to run?
So grab it!
Stopwatch!


Buy it for your beloved father as him Father Day present!

Now for
Bracelets:
It just only RM6!
without shipping charge!
Did you believe it?
Sweet and affordable!

For more photos of Watches and Bracelets click
here!

 # Copy if you like my entry! #

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Ho ho Holiday!

~Gambar Hiasan~


Yehaa....
Cuti sekolah dua minggu!
Tapi tak boleh gembira sangat sebab kerja sekolah
banyak gila...
Kena siapkan folio sejarah..
Pembetulan bagi kesalahan kertas ujian...
Karangan Bahasa Melayu lagi...
Huh, hancurlah cutiku 2 minggu ni...
Hehehe gurau je...
Cuti 2 minggu ini sebenarnya banyak masa yang boleh
 digunakan dengan sewajarnya..
sebab tu tadi ada ceramah motivasi di sekolah yang
menceritakan tentang cara pengurusan masa pada musim cuti...
dan inti patinya ialah:

1) Membuat jadual waktu bagi cuti 2 minggu
2) Tidak membazir masa
3) Belajar di tempat kondusif - Perpustakaan
4) Buat kumpulan belajar supaya ada semangat belajar
Itu jelah yang saya dapat untuk ceramah tadi...
Okay, saya harap semua gembira dan dapat menggunakan masa 
dengan sewajarnya nak- nak lagi mangsa PMR macam saya ni....
Yang pergi bercuti tu selamat bercuti :D
Sekian...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Kerja sambilan Edit Blog Part 2

Ingat lagi entri ni?
Part 1
yang ni part 2 pula...
Alhamdullilah...
hari ini dah siap edit blog seorang budak yang fanatik
 dengan Katy Perry ni....
sebab hujung minggu hari tu dia minta...
Saya dan encik fanatikni merupakan kawan waktu sekolah rendah...

Temanya:
Ungu Hitam

Klik gambar untuk terjah ke blog dia...


Sebelum tu jom view header dia:

Sebab dia fanatik sangat dengan Katy Perry jadi saya siap
letak quotes senarai lagu Katy Perry lagi kat header tu :D

Bawah ni pula banner dia...

Simple tapi tetap ada Katy Perry!

Cursor pula:

sebab dia suka ungu jadi semuanya warna ungu!


★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir