Alhamdullilah, dapat juga akhirnya!

Hari ni merupakan hari ketiga Aira berada di SABS..
Semalam Aira penat sangat sebab Aira tak henti - henti ada perjumpaan dengan cikgu kat sana..
Mula-mula Aira jumpa GPK Kokurikulum, lepas itu Aira dan kawan - kawan Aira diminta pergi berjumpa
dengan guru kaunselor untuk bertanyakan tentang kerjaya dalam Sains Sukan..
Tapi  Aira nak jadi forensik jadi Aira kena ambil matapelajaran Fizik tetapi Aliran Sains Sukan
tidak menawarkan matapelajaran tu, jadi Aira nak tambah matapelajaran Fizik,
Aira pun pergi jumpa cikgu Fizik tetapi Cikgu Fizik suruh pergi jumpa GPK Pentadbiran.
Punyalah penat, sampai kat bilik GPK pentadbiran je Aira terangkan permintaan Aira da kawan - kawan lepas tu beliau tanya 
keputusan PMR Aira dan meminta Aira dan kawan - kawan Aira menulis nama kami semua...
Akhirnya selepas Aira buat lawatan sambil sesat kat sekolah tu semalam...
Aira dapat belajar di kelas Sains Tulen...
Aira rasa bersyukur sangat cuma Aira kesian kat kawan - kawan Aira yang tak dapat tu...
Lepas cuti tahun baru Cina ni Aira akan memulakan perjalanan Sains Tulen Aira di SABS..
Yang paling mengejutkan Aira adalah apabila Aira terserempak dengan rakan sekelas Aira daripada SMKIM2 sebab mereka ada perlawanan persahabatan bola sepak di SABS.
Sempat jugalah mereka lambaikan tangan dan memanggil nama Aira walaupun pada masa tu Aira agak terkebil- kebil sebab Aira tak perasan yang mereka memanggil Aira..
Apa - apapun Aira akan cuba untuk belajar dengan bersungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2014 nanti..

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sains Sukan?!

Hari  ini Aira pergi mendaftar di Sultan Abu Bakar School, Kuantan...
Aira kecewa sangat lepas cikgu tu cakap budak yang tak dapat straight A PMR tak boleh masuk kelas Sains Tulen, kena masuk Sains Sukan ataupun Sains Sosial...
Rugilah sebab Aira dah sebulan belajar Fizik, tetiba je kena drop dan gantikan dengan sains sukan..
Benda apa tu pun Aira tak tahu sebab first time Aira dengar..
Ayah Aira tak galakkan sebab peluang pekerjaan sempit sebab kawan ayah Aira yang ambil aliran tu
tak dapat kerja yang sepadan dengan masa yang dia korbankan pun, 
sekarang duduk buat kerja macam orang tak berpelajaran je...
Lepas tu bila nak masuk universiti, tiada satu pun yang nak tawarkan pengajian kat situ..
Macam mana ni, Aira nak jadi forensik bukannya penganggur tegar kat sini!
Aira nak belajar kat Harvard University bukannya "Universiti Menganggur"...
Aira tertekan sangat sampai kadang - kadang Aira rasa macam nak terjun ke dalam gaung belakang rumah Aira je!
Macam mana ni SAINS SUKAN? ataupun SAINS TULEN?
Aira kena fikir betul - betul sebab Aira merupakan role model untuk adik - adik Aira, takkan lah akak diaorang mengganggur nanti sedangkan diaorang semua menjawat jawatan yang tinggi...

Ya Allah permudahkanlah keputusan aku ini...
 Dan biarkan keputusan yang aku pilih ini akan membuatku memperoleh
 kecemerlangan di dunia dan di akhirat Ya Allah..

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sayonara 4 Sains!

#Kek buatan sendiri, sebab tu tak cantik...
Semalam sewaktu Aira balik daripada sekolah dengan kesejukan hujan yang lebat tu,
Aira ternampak sepucuk surat yang tertera nama Aira...
Aira buka dan syukur Alhamdullilah Aira dapat tawaran ke SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan.
Bagi Aira cukuplah walaupun tak dapat SBP ataupun MRSM sekurang - kurangnya Aira dapat SRK...
Esok Aira akan mendaftar diri, cepat kan.. semua kawan - kawan Aira terkejut..
Tapi Aira ke sekolah tu tak keseorangan sebab ada seorang lagi rakan sekelas Aira yang pergi jadi
Aira tak akan rasa akward lah kat sana.
Aira akan menetap kat asrama jadi maknanya jarang-jarang lah Aira dapat kongsikan cerita Aira kat blog ni..
Yang paling seronoknya Aira dapat buat kejutan kat kawan - kawan Aira, sebab Aira bawa kek seperti yang Aira janjikan, cuma ada yang agak marah sebab Aira tak bagi tahu awal - awal.. *Surprise*
Aira tak nafikan yang Aira agak sedih untuk meninggalkan kawan - kawan Aira iaitu:
✿Izzati ✿Elma ✿Shafiqah ✿Syakirah ✿Aina 
✿Pelajar 4 Sains
Sedikit gambar - gambar memori yang Aira ada...
Semoga persahabatan kami semua kekal lama...
Good Luck semua, jangan lupa dapatkan 9A+ SPM 2014 ni, ye?!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir