Tamat sudah lawatan ke Batik RM!


Letih betul hari ini sebab ada lawatan untuk kerja kursus Sejarah di Batik RM, Kuantan. Memang seronok pergi sana sebab dapat luangkan masa dengan kawan-kawan baru. Bukan kami sahaja buat lawatan kat situ.. Ada pelajar sekolah lain juga! Serabut jugalah kat kilang batik tu!
Macam biasa setiap pengalaman ada :





Maklumat berkenaan Batik: Sila guna Ctrl + C untuk copy!!!
 Sebelum baca tekanlah sini dulu! -letih dah saya taip panjang-panjang tahu!

Maklumat  Mengenai Batik:

Batik canting:
Bahan-bahan:


1) lilin paraffin
2) gam rosin atau damar
3) kain putih(kapas, sutera atau rayon)
4) air
5) gas
6) periuk(untuk memasak lilin paraffin)
7) pembidang besi
8) alat canting

Proses:
1) bentang kain (4 meter untuk sepasang baju wanita/ 2.5 meter untuk baju kemeja lelaki)
2) Bentang atas pembidang besi
3) Lakarkan corak atas kain putih
4) Mula mencanting menggunakan lilin paraffin dan gam rosin
5) Lilin paraffin mesti  dipanaskan dalam paras api sederhana
6) Kain yang panjangnya 4 meter memerlukan masa 20-30 minit untuk dilakarkan
7) Warnakan kain dengan pewarna remazol( diimport dari Jerman)
8) Warna  menggunakan berus lembut
9) Biarkan kain kering selama 3-4 jam
10) Susun kain ikut tingkat
11) Rendam dalam pemati warna (sodium silicate)
12) Angkat dan gantung sampai kering selama 4-5 jam
13) Bilas dan cuci kain tersebut (bilas sebanyak 3 kali)
14) Rebus dalam air panas takat didih 90 darjah celcius
15) Rendam dalam campuran soda ash selam 5 minit untuk tanggalkan lilin paraffin
16) Bilas sebanyak tiga kali lagi (bilasan kali ketiga rendam selama 4-5 jam)
17) Jemur hingga kering
*biasanya mengambil masa 2 hari untuk siap

Batik blok/terap/cap:
Bahan-bahan:
1) Kain putih
2) Campuran lilin paraffin dan gam rosin
3) Blok batik (diperbuat daripada tembanga atau zink)
4) Meja mengecap batik ( span diletakkan di bawah meja ini supaya dapat menyejukkan blok batik tetapi mesti dilapik dengan plastik bagi mengelakkan kain basah)

Proses:
1) Bentang kain atas meja
2) Celup blok dalam lilin paraffin yang panas
3) Cap atas kain(biasanya kain sepanjang 15 meter)
4) Celup kain menggunakan warna naptone dye
5) Celup sebanyak 3 kali
6) Rebus dalam air panas
7) Bilas dan jemur

*Biasanya mengambil masa sehari untuk batik cap 1 warna
Sejarah Batik RM

1) Pemilik sekarang: encik ahmad ashaari bin abdul malik
2) Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak (3 lelaki dan 2 perempuan)
3) Alamat: E594 tanah putih feri 25100 kuantan ( 3 km dari Bandar Kuantan)
4) Sejarah: ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Ramli Malek dan diberi nama BRM Sdn. Bhd
- merupakan lulusan bradfort college di London dalam jurusan art design
-pensyarah seni reka tekstil di AITM Shah Alam
- seramai 200 orang pekerja pada masa itu
- memproses batik terap sahaja
-pelopor batik bagi pakaiain yang pertama di Malaysia
-4 cawangan (1 kuantan / 3 kuala lumpur)
-sekitar 1971-1976 menerima tempahan daripada pacoraban untuk  rekaan musim panas di eropah
-kebanyakan batik yang dieksport di tolak atas sebab perbezaan warna
- beliau amat kecewa dan mengalami kerugian sebanyak setengah juta
-semua cawangan batik ditutup
-meninggal dunia pada tahun 1982 akibat lemas di cherating semasa menyelamatkan rakan karibnya
5) 1/11/1997- Batik RM ditubuhkan atas nama persendirian
- Sekitar tahun 80-an menjalankan hubungan perniagaan dengan kelab mate cherating selama 23 tahun
- Eksport ke Bora-bora
- Modal sebanyak RM10 ribu
6) Halangan:
-Mengalami persaingan dengan batik tiruan dari Thailand, china dan  korea
-Kenaikan harga barang mentah yang ketara juga memberi masalah kepada Batik RM
7) Keunikan:
- Corak abstrak
- Warna berunsur barat
8)Pencapaian:
 -diiktiraf oleh perbadanan kraf tangan Malaysia untuk program 1 desa 1 malaysia
 -beroperasi selama 3 tahun
 9) Perancangan masa depan: membuka 1 cawangan di Kuala Lumpur

Pemberi Maklumat: Puan Jamaliah binti Abdul razak



Yang penting siap bagi ole-ole untuk sekolah kitaorang je!
~~~sekian~~~

Update: For those yang nak guna gambar or information yang Aira tulis, feel free to do so:) 
Good Luck!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

2 000 Readers:

Fatehah said...

boleh saya copy beberapa gambar dlm blog ni! Your blog is helpful for KST this year

Fatehah said...

boleh saya copy beberapa gambar dalam bolg ni? your blog here is such a help!

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir