Gallerian Part 2

Pada 24 hingga 27 Jun yang lepas sekolah Aira telah menerima kunjungan pelajar dari 
 Colac Secondary School, Australia.
Kunjungan tersebut adalah kerana program pertukaran pelajar Australia ke Malaysia.
Oleh sebab, Aira merupakan pengawas galeri, Aira ditugaskan untuk menyambut
kedatangan pelajar tersebut  bersama-sama 11 orang lagi pengawas galeri yang lain.
Yang menyeronokkan ialah  Aira berpeluang untuk berkomunikasi dengan pelajar tersebut
dalam Bahasa Inggeris, walaupun Bahasa Inggeris Aira hancur tapi redah sahajalah.
Pelajar-pelajar tersebut sangat ramah apabila Aira berbual dengan mereka.
Aira bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar dan 
Aira dapat menambah kenalan dari luar negara.
Berikut antara gambar yang Aira sempat tangkap bersama dengan pelajar -pelajar Australia tersebut:
Aira dan Tyson

Dari kiri: Ila, Sarah,Olivia, Rachel, Aira, Alya

Aira dan Lewis

Dari kiri: Fatini, Aira, Alya, Lewis, Ila

Dari kiri: Rhiannon,Aira,Ila, Alya, Bianca 
-Mereka kembar tau..

Pengawas galeri yang bertugas.
#Selasa ini(16/7) -Aira ada ujian ICAS BI, doakan Aira okay!
#Isnin(29/7)-Aira ada ujian bulanan...
Sebelum terlupa salam Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Gallerian Part 1


Hari ini Aira nak kongsikan cerita berkenaan tugasan kedua Aira sebagai pengawas galeri di SABS.
Tugasan pertama Aira menyambut seorang bekas pelajar SABS yang telah merasmi program
NILAM pada bulan lepas.
Tugasan kedua pula Aira ditugaskan untuk menyambut lawatan dari sebuah sekolah cemerlang
di Terengganu.
Satu pengalaman yang menyeronokkan kerana Aira ditugaskan di ruangan barangan antik.
Walaupun Aira tidak berapa tahu berkenaan barangan antik namun nasib Aira sungguh baik  kerana Aira
berjaya menjalankan tugas Aira.
Kebanyakan pertanyaan yang diujarkan kepada Aira adalah berkenaan dengan diri Aira 
bukannya barangan di galeri itu.
Aira sampai terfikir yang kitaorang ni macam barang pameran saja sebab
kebanyakan guru yang datang dari Terengganu meminta kami menceritakan tentang
diri kami dan bukannya barang pameran di galeri itu.
Yang lucunya sempat lagi kami bergambar sementara menunggu pelawat tu sampai...
Yang cuaknya apabila tiba-tiba sahaja cikgu penasihat kami masuk dan suruh kami bersiap sedia..
Punyalah kelam kabut waktu tu sampai rasa nak pengsan je..
Apa yang Aira dapat hari itu adalah
 memori yang sangat berharga...

#Sepanjang bulan ni Aira ada peperiksaan pertengahan tahun, doakan Aira ye :)
Sejarah kertas 3 merupakan satu benda baru bagi Aira sebab tu Aira sedih
juga sebab tak tahu nak jawab macam mana...
Tapi, akhirnya Aira berjaya juga dalam cubaan menjawab kertas tu.


★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir