Perbincangan Kumpulan di UTC!

Cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya..
Sahabat blogger yang masih bersekolah, dah bersedia nak belajar semula dan
latihan yang diberikan cikgu sudah siap?
Hari ini Aira dan kumpulan Bahasa Inggeris Aira secara saat-saat akhir 
buat perjumpaan di UTC.
Tapi yang sedihnya daripada 5 orang hanya 3 orang sahaja ahli kumpulan Aira yang hadir
kerana yang lain semua sibuk dengan urusan keluarga mereka.
Yaya dan Ila sibuk sangat pergi kenduri kahwin kot...
Dari pukul 9.00pagi -2.00petang kami memikirkan tentang cerita yang ingin
kami bentangkan kepada guru Bahasa Inggeris..
Maklumlah tugasan berkumpulan ini merupakan satu pertandingan yang dianjurkan
oleh sebuah syarikat surat khabar yang terkenal dengan kerjasama sebuah syarikat
makanan segera yang terkenal di Malaysia.
Akhirnya,kami putuskan untuk membuat cerita berkenaan superhero..
Nak buat macam mana, otak beku sebab kan musim cuti...
Aira dah kurang idea sampai siap tanya Pakcek Panda lagi,
nasib baiklah dia sanggup nak tolong kumpulan Aira.
Berikut merupakan gambar sepanjang Aira dan kawan-kawan serta adik-adik
Aira semasa berada di sana..
Areen dengan tekun buat tugasan guna phonenya...

Buat-buat rajin :D
Perbincangan tentang Lawson sebenarnya...

Ni lah #Wirabaktiboy yang merupakan ketua kumpulan ni

Adik-adik lelaki Aira


Aira w/ little sis; Izzah


Aira harap kumpulan kami akan menang hadiah utama iaitu
Percutian ke Hong Kong Disneyland!
Doakan kami ye :)

★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir