Sajak: Minggu Bahasa (Hilangnya Bahasa)






Hari isnin ni merupakan minggu bahasa..
saya pula dengan berbesar hati menjadi mangsa!
terpaksalah baca sajak... dah lama tak deklamasikan sajak..
kali terakhir tahun lepas- ujian lisan punya hal!
okay minggu bahasa?
nak buat sajak ni...- walaupun tak pandai...
baca je lah..

Hilangnya Bahasa

Bahasa menunjukkan bangsa,
tanpa bahasa kita mundur,
tanpa bahasa kita dihina,
tanpa bahasa hilang budaya.

Kini di mana nilai bahasa,
anak muda hilang bahasa,
tutur kata tiada bahasa,
petah membantah kata.

Ke mana hilangnya bahasa,
Yang dahulunya disanjung mulia,
lingua franca kini dilupakan,
ditelan arus kemodenan,
yang tidak berperikemanusiaan.

Sedarlah wahai sahabatku,
pernahkah kau terfikir,
betapa sukarnya pertahankan bahasa,
yang kini kau lupakan.

Bangunlah dan majukan bahasa kita!
Bukan bahasa asing yang kini menjadi kebanggaanmu!

Nukilan,
Aira Amir
★ Don't shy to comment or like this entry ★

2 000 Readers:

Engku Muzahadin said...

Terkadang Melayu itu menjadi lalang`
lain bicaranya di waktu siang`
dan bertukar madahnya kala senja meremang`
lalu tidak hairanlah...
andai kera di hutan sibuk disusukan dan anak di rumah mati kelaparan`

Aira Amir said...

terima kasih..
nanti saya boleh masukkan kat sajak tu..

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir