Alhamdullilah, dapat juga akhirnya!

Hari ni merupakan hari ketiga Aira berada di SABS..
Semalam Aira penat sangat sebab Aira tak henti - henti ada perjumpaan dengan cikgu kat sana..
Mula-mula Aira jumpa GPK Kokurikulum, lepas itu Aira dan kawan - kawan Aira diminta pergi berjumpa
dengan guru kaunselor untuk bertanyakan tentang kerjaya dalam Sains Sukan..
Tapi  Aira nak jadi forensik jadi Aira kena ambil matapelajaran Fizik tetapi Aliran Sains Sukan
tidak menawarkan matapelajaran tu, jadi Aira nak tambah matapelajaran Fizik,
Aira pun pergi jumpa cikgu Fizik tetapi Cikgu Fizik suruh pergi jumpa GPK Pentadbiran.
Punyalah penat, sampai kat bilik GPK pentadbiran je Aira terangkan permintaan Aira da kawan - kawan lepas tu beliau tanya 
keputusan PMR Aira dan meminta Aira dan kawan - kawan Aira menulis nama kami semua...
Akhirnya selepas Aira buat lawatan sambil sesat kat sekolah tu semalam...
Aira dapat belajar di kelas Sains Tulen...
Aira rasa bersyukur sangat cuma Aira kesian kat kawan - kawan Aira yang tak dapat tu...
Lepas cuti tahun baru Cina ni Aira akan memulakan perjalanan Sains Tulen Aira di SABS..
Yang paling mengejutkan Aira adalah apabila Aira terserempak dengan rakan sekelas Aira daripada SMKIM2 sebab mereka ada perlawanan persahabatan bola sepak di SABS.
Sempat jugalah mereka lambaikan tangan dan memanggil nama Aira walaupun pada masa tu Aira agak terkebil- kebil sebab Aira tak perasan yang mereka memanggil Aira..
Apa - apapun Aira akan cuba untuk belajar dengan bersungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2014 nanti..

★ Don't shy to comment or like this entry ★

8 000 Readers:

celoteh gadis merah jambu said...

congrates dear !

hanahassan said...

Goodluck , In Shaa Allah boleh punya :) nice blog thou , done follow ,follow me back :) www.shhanahassan.blogspot.com

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Hamizah said...

good luck sayang.. hehe..

Hamizah said...

good luck sayang.. hehehe..

Izzaty Hannany said...

can i know SABS ada aliran sastera tak?

Aira Amir said...

@Izzaty Hannany ada awak :)

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir