Hari ini nak buat review... - sebenarnya ni repost daripada blog lama Aira...
Review ni merupakan tradisi kelas kami.. cewah ayat...
tak percaya?
Percaya je lah...
Yang kawan sekelas Aira punya review sudah tidak ditemui entri itu...
Yang kawan sekelas Aira punya review sudah tidak ditemui entri itu...
Jadi yang ni Aira punya review ...
Sebelum tu lihatlah pelajar kelas kami yang cantik dan kacak ni!
-Gambar Aira tiada ye... Atas sebab tertentu..
2 kerongsang 3 kelas Aira tahun lepas...
kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford...
dalam kelas Aira hanya ada 24 orang pelajar...
Sikit je kan?
hanya 7 lelaki dan 17 perempuan- termasuk Aira!
Aira punya entri istimewa sikit sebab Aira ada bagi award...
banggalah kamu ye sebab dapat award daripada Aira...
Anugerah -anugerahnya ialah:
-bukan ABPBH punya award ye...
Okay sekarang tibalah masanya untuk anugerah bagi lelaki pula:
Okay tu je review daripada saya...
Kalau ada yang salah maafkan saya ye...
Huh letih walaupun baru review 23 orang...
-Gambar Aira tiada ye... Atas sebab tertentu..
2 Kerongsang 3 (Klik Untuk Tumbesaran) |
kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford...
dalam kelas Aira hanya ada 24 orang pelajar...
Sikit je kan?
hanya 7 lelaki dan 17 perempuan- termasuk Aira!
Aira punya entri istimewa sikit sebab Aira ada bagi award...
banggalah kamu ye sebab dapat award daripada Aira...
Anugerah -anugerahnya ialah:
-bukan ABPBH punya award ye...
Miss Riuh 2K3...
Sakinah : Nama dia sakinah.. tapi Aira panggil dia Konah... Pendek sikit nama tu! Dia ni suka sangat matapelajaran Matematik.. Apalah yang best sangat kira nombor tu? Dia agak nakal... sebab ketika baca doa dia akan keliling satu kawasan kelas.. - Rindu nak tengok Konah pusing-pusing lagi!
Miss Novel 2K3....
Farah: kembar Konah... sebab mereka selalu bersama... Dia suka baca novel nak- nak lagi masa hujung tahun.. Mesti tak layan kita sebab sibuk membaca novel jiwang!
Miss Silent 2K3:
Ika dan Annis: Okay sebenarnya tak diam.. cuma kat sekolah je mereka senyap.. Tapi kat asrama seriuh Aira lah.. Kami kawan rapat sebab sebilik setiap tahun.. tapi tahun ni... Aira pindah sekolah!
Miss Toilet 2K3:
Syafiah: Tapi Aira tak panggil dia Syafiah.. Kekadang panggil Peah dan Mak Yong sebab dia kan paling tua jadi panggil Mak Yong... -Kak Long gelaran Aira Miss Toilet? sebab dia ni suka sangat pergi tandas sebab tu dapat gelaran ni... Yang paling penting dia ni terkena satu gelombang! Gelombang apa? Gelombang K-pop la...
Miss K-P0P 2K3:
Faiqah: Selalunya Aira panggil dia Eqah ataupun Baby sebab dia paling muda dalam kelas! -Huh cemburunya... Dia pun suka K-pop setelah dihasut Syafiah!
Miss Smart 2K3:
Bahashini dan Sanggertana : Aira hanya panggil mereka Baha dan Sangge...Aira rapat juga dengan mereka berdua ni.. Memang budak pandai... Susah sikit nak lawan! Tapi bolehlah juga Aira skor nombor top 10 dalam kelas...
Miss Cari Pasal 2K3:
Fiza Rahim: Cari pasal? Dia suka sangat tenung orang lelama.. Sampai rasa menyampah... * Aira malu orang pandang lelama... Untuk pengetahuan anda, dia pelajar baru dalam kelas kami...
Miss Tekun 2K3:
Aqilah: Aira panggil dia Qilah je... Dia duduk sebelah Aira . Memang pandai dan menjadi perhatian semua guru kami... Baik dan rajin...
Miss Naughty 2K3:
Fizah Adnan: Dia pun duduk sebelah Aira . Seorang yang pandai!- Hohoho Aira dikelilingi pelajar yang pandai! Kalau sesiapa yang tak kenal dia akan cakap dia ni baik.. Tapi kalau dengan Aira.. suka sangat cubit-cubit.. nakal betul! Aira dan dia rapat sebab kami budak catur...- Aira rindu sangat kat dia!
Miss Shy 2K3:
Atirah: Aira dan dia dah berkawan sejak darjah satu.. Tapi lepas tu dia pindah dan kami berjumpa balik semasa tingkatan satu- sebab dia pindah sekolah Clifford! Dia cantik dan dikelilingi ramai peminat... Pendiamlah juga pada mulanya.. Tapi sekarang tak tahulah...
Miss Cool 2K3:
Hanis: Cool? memang cool pun.. dengan slogan dia yang agak menyakitkan hati tu.. Dia suka sebut SO, SO...
tapi kekadang dia suka buat muka masam.. Aira rapat dengan dia sebab dia budak catur..
Miss Happy 2K3:
Hayati: Aira panggil dia Yati je... Suka senyum sebab senyumannya menawan gitu... Suara dia pun sedap... Aira dengan dia baik lah juga sebab ayah dia merupakan kenalan ayah Aira...
Miss Best Voice 2K3:
Zafirah: Aira panggil dia Zaza je... Suara dia pun sedap juga.. Dia merupakan penyanyi bagi kelas kami..
Bukan suara je sedap otak pun geliga.. Aira kekadang gaduh-gaduh manja juga dengan dia..
Miss Smiley 2K3:
Jannah: Aira kekadang panggil dia adik.. sebab dia lahir bulan November..Dia suka senyum... Aira rapat dengan dia sejak tingkatan 1 sebab Aira duduk satu bilik kat asrama dengan dia.. tapi lepas tu dia keluar dari asrama.. Yang paling sedih semasa akhir tahun... dia bagi Aira big hug sebab Aira nak pindah.. Sayang adik!
Okay sekarang tibalah masanya untuk anugerah bagi lelaki pula:
MR Weird 2K3:
Aiman: Pelik sangat perangai dia.. sebab bila tanya cita-cita dia kan cakap nak jadi hacker! Huh, lagi satu dia ni suka sangat lawan markah sains dengan Aira tapi pada suatu hari Aira dapat kalahkan dia dengan satu markah iatu 79% -Yeah big clap! Dia je budak lelaki yang panggil Aira sebagai Moira... -Banyak betul nama timbangan Aira kan...
MR Cruel 2K3:
Aizat: Aira panggil dia Pok Jak... jangan tanya kenapa.. sebab Aira ikut kawan Aira .. Dia kejam dengan Aira sebab ada suatu ketika dia halang Aira nak turun tangga dengan kaki dia.. Huh, nasib baik Aira tak jatuh tergolek... Lagi satu dia suka sangat banding markah exam dengan Aira... Tapi kekadang Aira menang dan kekadang dia menang! jadi seri lah kan???
MR Emo 2K3:
Saiful Amin: Aira panggil dia Putu... Sebab tidak diketahui... Dia ni agak baran orangnya.. Tapi Aira okay je kawan dengan dia... Yang penting dia suka panggil saya Harimau.... Sesuka hati je bagi nama kat Aira... Tapi nasib baik dia minta maaf dan bagi ejekan terakhir kat Aira tahun lepas!
MR Silent 2K3:
Fauzan: Aira panggil dia Pojan je.... Taklah diam sangat.. Aira rapat dengan dia semasa main Saidina..Bising juga rupanya bila dah kena lama... Tapi okay dan dia antara budak lelaki yang bijak!
MR Riuh 2K3:
Faez: Keriuhannya amat tidak dapat dinafikan... - Sebab tu Aira ejek dia dengan Konah...Antara kawan yang Aira rapat dalam kelas... Kalau borak dengan dia mesti dia cerita pasal one piece... Peminat Luffy lah katakan! -Wei Faez bila nak tuntut komik One Piece yang Aira beli dari Jepun tu? Letih simpan!!!
MR Smart 2K3:
Azhan : Aira panggil dia Boboy sebab nama itu telah diberi oleh guru seni saya..- Sebab pipi dia yang tembam tu! Dia memang pandai top 3 dalam kelas.... Mulut dia agak lepas... Sebab dia memang jujur..
MR Chipsmore 2K3:
Faqih: Dia ni bukan peminat chipsmore ye.. Tapi dia ni jarang datang sekolah sebab sakit.. Sakit apa dirahsiakan. jadi kami panggil dia chipsmore... Jarang berbual dengan dia - nak berbual macam mana kalau asyik tak datang sekolah...
Okay tu je review daripada saya...
Kalau ada yang salah maafkan saya ye...
Huh letih walaupun baru review 23 orang...
0 000 Readers:
Post a Comment