[UPDATE] Aira dah jawab mostly soalan korang kat entri ni: IBI: Soal Jawabso kalau ada pertanyaan boleh straight baca entri tu. Hope membantu :)
Entri kali ni istimewa sikit sebab Aira taip kat Seremban. Oh ye Aira sekarang tengah sertai kursus Intensif Bahasa Inggeris (IBI) di Kolej Teknologi Alpha.
Program ni so far okay sebab Aira tak mula lagi belajar.
Pagi tadi terus ada ujian. Esok baru mula kelas tau. Pensyarah yang mengajar juga bukan orang Malaysia tapi dari Nigeria dan India.
Esok baru Aira tahu siapa pensyarah Aira.
Lupa pula program ini bawah dana pendidikan Dr.Hamzaid jadi yuran belajar dan asrama tak perlu bayar.
Jadi dalam 2 bulan ni senang cerita belajar percuma.
Apa yang bestnya Aira siap jumpa kawan-kawan sekolah Aira masa di SMK Clifford dulu. Seronok sebab lama dah tak jumpa kan.
Aktiviti hari ini tak banyak sangat jadi Aira dan kawan sekelas Aira berjalan kaki ke Mydin. Tu yang pergi Pameran Selangkah ke UiTM sebab kebetulan ada pameran kat Mydin tu.
Pergi program ni sebenarnya expose Aira kepada dunia Kolej. Yela kalau duduk asrama sekolah, makanan dah disediakan dan nak keluar outing pun kena minta kebenaran.
Bila duduk kolej, makan cari sendiri dan nak outing bila-bila masa pun boleh asalkan tak ponteng kelas.
Yang bonusnya kat sini, kolej ni dekat dengan Aeon dan Mydin, lepas tu banyak pula restoran keliling kolej ni.
Seronoklah juga boleh cuci mata dan kenyangkan perut.
Aktiviti kat sini mungkin padat sikit sebab nanti ada konsert setiap 2 minggu kalau tak silaplah. Jadi waktu malam akan ada latihan. Tapi jangan risau mentor ada boleh tolong kita dan senior kat sini pun semua baik. Mereka welcoming sangat pelajar IBI sebab bila kita lalu je depan mereka mesti mereka cakap Selamat datang.
Okaylah itu sahaja buat masa ini. Aira mengantuk pula, esok kelas mula jam 8 pagi...
Insha Allah ada masa lagi nanti Aira kongsikan lagi aktiviti Aira kat sini.
May Allah ease everything.
15 000 Readers:
Assalamualaikum :)
Sy pun akan pergi ke IBI .. Intake bulan Julai 2015..
I'm too excited to go there hehe ...
@Nurulatika Yunus Good Luck Sis :D
salam sorry nj tny. tmpt tinggal dia mcm mana? dorm ke bilik? ad brp org. hehe sbb sy masuk bulan disember ni
@Momo :) sorry for late reply. dia style rumah. around 14 satu bilik lengkap bilik air and tandas
Salam sis . Dekat situ ada sediakan iron tak ?
Hai aira :) saya nak tanya dekat sana ada water cooler/ filter x?
Akak dekat situ ada iron dgn water cooler tak ?
Nak tanya kemudahan apa yang disediakan dekat asrama atau kolej??
Perlu ke bawak laptop??
Kemudahan penginapan dia macam mana??
Salam. saya nk tnya. Dekat sana ad kemudahan mesin atm tak
Salam. saya nk tnya. Dekat sana ad kemudahan mesin atm tak
Salam. saya nk tnya. Dekat sana ad kemudahan mesin atm tak
@sazzy roslan iron bawa sendiri sis
@sazzy roslan iron bawa sendiri. water cooler berbayar 10sen per litre
@lia syazwana kati;, tilam, tandas semua ada. bantal bawa sendiri. laptop tak pelu pun. quite okay for students eventho rumah kedai
@azrina azahar kena pergi atm dekat petronas area citypark
Post a Comment