College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 2

Yeay part 2 pula. Kalau tak baca part 1 boleh klik kat sini.
Oh ye dah hampir 2 minggu Aira kat sini.
Alhamdullilah semuanya masih baik.
Aira belajar di class 1 dan kumpulan Aira pula Red 1. Bertuahkan semua 1...
Pensyarah Aira datangnya dari Nigeria.
Kami panggil beliau Mr. Sodiq.
Minggu ini Aira ada konsert Ice Breaking. Ahli kumpulan Aira semua okay dan mudah nak bekerjasama.
Mentor Aira iaitu Abang Roy memang baik sebab dia tak pernah cakap kasar dengan kami.
Ini antara gambar Aira dan rakan-rakan kumpulan Aira menggembara mengenali kawasan sekitar Kolej Teknologi Alpha.
Walaupun baru 9 hari kat sini tapi kami dah rapat  macam keluarga.
Cuma seorang yang dalam kumpulan Aira yang kebetulan dah lama kenal iaitu Bad.
Dari tingkatan satu lagi Aira kenal dia tau sebab satu sekolah  sebelum Aira pindah ke Kuantan.
Seronaklah dapat jumpa kawan lama walaupun tak rapat mana tapi sekarang memang dah rapatlah dengan Bad maklumlah dia kan ketua kumpulan  Midoredis apa tu? Itulah nama kumpulan Aira. Unik kan? Tak perlu cari dalam kamus sebab perkataan tu kami fikir sendiri atau lebih senang cakap Daniel yang rekakan ^_^.
Semalam kami pergi City Park, sajalah pergi berjalan sambil bergurau dengan Daniel dan Amin suruh belanja kami semua.
Tengok-tengok Daniel belikan kami semua air kelapa. Hilang dahaga berjalan 10 minit ke City Park tu.
Terima kasih penyu :p
Kumpulan Aira penuh dengan celoteh yang boleh buat kita ketawa sampai nak pecah perut.
Aira pun asyik gelak sampai tekak pun dah sakit.
Okaylah itu sahaja buat entri kali ini.
Mulai sekarang Aira akan pos cerita baru setiap hari Ahad Malam tau.
Doakan Aira dan kumpulan kami menang dalam konsert Ice Breaking  tu.
Terima kasih....

★ Don't shy to comment or like this entry ★

2 000 Readers:

Adilah Atikah said...

assalamuaikum, saya nak tanya kolej alpha instetif bahasa ingeris ni, belajar bahasa ingeris mcm muet ke?

Aira Amir said...

Tak juga sebab belajar pasal grammar semua tu and banyak belajar cara nak communucate in english melalui choral speaking drama semua tu😊

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir