College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 4

Hi semua..
Ni link part 3. Klik sini !
Minggu ni kat IBI adalah minggu drama.
Aira dapat drama Superman:The Beginning!
Aira jadi narrator dan watak Aira itu ialah The Riddler (The Batman)
So far tiada cerita sangat.
Esok dah mula rehearsal tapi Script still Aira tak hafal sangat.
Doakan Aira ye...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 3

Alhamdullilah sempat lagi Aira menulis untuk kali ini.
Terlepas Part 2? Klik sini !
Mesti ramai dah bosan sebab Aira asyik cerita pasal program IBI je kan.
Maklumlah ini sahaja cerita yang Aira ada.
Minggu ini agak sibuk juga sebab Aira ada konsert Ice Breaking!
Walaupun kumpulan Aira dapat hadiah saguhati sahaja tapi bersyukur sebab semua dah selesai.
Aira dan rakan sekelas Aira; Izzul ditugaskan untuk menjadi MC bagi konsert tu. Walaupun gemuruh tapi akhirnya dah boleh adapt dengan suasana konsert tu.
Habis sahaja konsert tu terus celebrate dekat City Park. Tahniah kepada kumpulan kelas Aira yang menang tempat pertama dan ketiga. Aira pula dapat anugerah Inspirational Life Motto. Walaupun life motto Aira kena reject pada mulanya dan Aira terpaksa cari ganti tetapi Rupanya ada hikmah disebaliknya. Allah maha besar.
Rutin harian Aira tak banyak sangat.
Malam-malam mesti pergi mengeteh dengan kawan-kawan sekelas.
Lepas tu, hari sabtu pergi berjogging di City Park. Hehe, Aira jogging satu pusingan then terus main game kat phone.
So far Aira bersyukur sebab Kawan-kawan sekelas Aira semua baik-baik dan rakan-rakan sebilik lagilah menggila je kerjanya.
Minggu ni start sibuk lagi sebab dah mula latihan untuk drama.
Aira dapat drama yang bertajuk; Superman: The Beginning
Masalahnya ahli kumpulan baru Aira semuanya perempuan. Kesian kan...
Oh ye kelmarin kawan-kawan celebrate Aira dapat tawaran sambung belajar ke UniKL...Alhamdullilah.
Terima kasih Izzul sebab belanja Aiskrim pasu dan roti Naan ye.
Itu sahaja entri kali ini.
Aira dah sertakan sekali gambar untuk aktiviti minggu ini.
Nanti Aira sambung dengan part 4..
Eh mesti semua dah termuntah bila baca kan. Bosan...
Maaflah tak sekreatif mana.
May Allah ease everything.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 2

Yeay part 2 pula. Kalau tak baca part 1 boleh klik kat sini.
Oh ye dah hampir 2 minggu Aira kat sini.
Alhamdullilah semuanya masih baik.
Aira belajar di class 1 dan kumpulan Aira pula Red 1. Bertuahkan semua 1...
Pensyarah Aira datangnya dari Nigeria.
Kami panggil beliau Mr. Sodiq.
Minggu ini Aira ada konsert Ice Breaking. Ahli kumpulan Aira semua okay dan mudah nak bekerjasama.
Mentor Aira iaitu Abang Roy memang baik sebab dia tak pernah cakap kasar dengan kami.
Ini antara gambar Aira dan rakan-rakan kumpulan Aira menggembara mengenali kawasan sekitar Kolej Teknologi Alpha.
Walaupun baru 9 hari kat sini tapi kami dah rapat  macam keluarga.
Cuma seorang yang dalam kumpulan Aira yang kebetulan dah lama kenal iaitu Bad.
Dari tingkatan satu lagi Aira kenal dia tau sebab satu sekolah  sebelum Aira pindah ke Kuantan.
Seronaklah dapat jumpa kawan lama walaupun tak rapat mana tapi sekarang memang dah rapatlah dengan Bad maklumlah dia kan ketua kumpulan  Midoredis apa tu? Itulah nama kumpulan Aira. Unik kan? Tak perlu cari dalam kamus sebab perkataan tu kami fikir sendiri atau lebih senang cakap Daniel yang rekakan ^_^.
Semalam kami pergi City Park, sajalah pergi berjalan sambil bergurau dengan Daniel dan Amin suruh belanja kami semua.
Tengok-tengok Daniel belikan kami semua air kelapa. Hilang dahaga berjalan 10 minit ke City Park tu.
Terima kasih penyu :p
Kumpulan Aira penuh dengan celoteh yang boleh buat kita ketawa sampai nak pecah perut.
Aira pun asyik gelak sampai tekak pun dah sakit.
Okaylah itu sahaja buat entri kali ini.
Mulai sekarang Aira akan pos cerita baru setiap hari Ahad Malam tau.
Doakan Aira dan kumpulan kami menang dalam konsert Ice Breaking  tu.
Terima kasih....

★ Don't shy to comment or like this entry ★

College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 1

[UPDATE] Aira dah jawab mostly soalan korang kat entri ni: IBI: Soal Jawabso kalau ada pertanyaan boleh straight baca entri tu. Hope membantu :)

Entri kali ni istimewa sikit sebab Aira taip kat Seremban. Oh ye Aira sekarang tengah sertai kursus Intensif Bahasa Inggeris (IBI) di Kolej Teknologi Alpha.
Program ni so far okay sebab Aira tak mula lagi belajar.
Pagi tadi terus ada ujian. Esok baru mula kelas tau. Pensyarah yang mengajar juga bukan orang Malaysia  tapi dari Nigeria dan India.
Esok baru Aira tahu siapa pensyarah Aira.
Lupa pula program ini bawah dana pendidikan Dr.Hamzaid jadi yuran belajar  dan asrama tak perlu bayar.
Jadi dalam 2 bulan ni senang cerita belajar percuma.
Apa yang bestnya Aira siap jumpa kawan-kawan sekolah Aira masa di SMK Clifford  dulu. Seronok sebab  lama dah tak jumpa kan.
Aktiviti hari ini tak banyak sangat  jadi Aira dan kawan sekelas Aira berjalan kaki ke Mydin. Tu yang pergi Pameran  Selangkah ke UiTM sebab kebetulan ada pameran kat Mydin tu.
Pergi program ni sebenarnya expose Aira kepada dunia Kolej. Yela kalau duduk  asrama sekolah,  makanan dah disediakan dan nak keluar outing pun kena minta kebenaran.
Bila duduk kolej, makan cari sendiri dan nak outing bila-bila masa pun boleh  asalkan tak ponteng kelas.
Yang bonusnya kat sini, kolej ni dekat dengan  Aeon  dan Mydin, lepas tu banyak pula restoran keliling kolej ni.
Seronoklah juga boleh cuci mata dan kenyangkan perut.
Aktiviti kat sini mungkin padat sikit sebab nanti ada konsert setiap 2 minggu kalau tak silaplah. Jadi waktu malam akan ada latihan. Tapi jangan risau mentor ada boleh tolong kita dan senior kat sini pun semua baik. Mereka welcoming sangat pelajar IBI  sebab bila kita lalu je depan mereka mesti mereka cakap Selamat datang.
Okaylah itu sahaja buat masa ini. Aira mengantuk pula, esok kelas mula jam 8 pagi...
Insha Allah ada masa lagi nanti Aira kongsikan  lagi aktiviti Aira kat sini.
May Allah ease everything.

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Keputusan SPM!

Syukur pada Allah, keputusan SPM  dah keluar 3 Mac hari tu. Cuma tak sempat Aira nak kongsikan sebab sibuk dengan kelas memandu dan nak uruskan permohonan  ke universiti.
Keputusan SPM Aira?!
Alhamdullilah  bagi Aira okay dah sebab Aira pun tak jangka dapat banyak tu.
Aira tak sedih atau menyesal pun sebab Aira rasa 5A tu pun dah banyak.
Maklumlah SPM tahun lepas bagi Aira lagi susah daripada soalan past year yang Aira jawab.
Mulai sabtu ini Aira akan sertai kursus Bahasa Inggeris  untuk 2 bulan di bawah program Kolej Teknologi Alpha...
Doakan Aira dapat belajar dengan baik.
Rancangan Aira lepas ini, Insha Allah  kalau tiada aral, Aira dan kawan baik nak lanjutkan pelajaran ke Jakarta.
Doakan termakbul hajat kami. Seronok sangat kalau dapat masuk universiti bersama-sama dengan kawan baikkan?
Aira harap kami dapat masuk universiti yang sama.
Barulah takkan terpisah gitu.
Okaylah itu sahaja. Insha Allah  lepas ini Aira akan update blog dari Seremban lah. Hehe. Itu saja untuk kali ini.
May Allah ease  everything...


★ Don't shy to comment or like this entry ★

Menanti keputusan SPM!!!


Entri pertama Aira pada tahun ini.
Aira dah lama tak updated blog bukan sebab sibuk tetapi macam biasalah Aira menyibukkan diri dengan Game.Yeah Aira seorang gamer!
Jadi dah nak masuk bulan Mac sudah, cepat betul masa berlalu kan.
Aira pula menghitung hari untuk keputusan SPM Aira.
5 hari lagi tahu tak!
Ya Allah, gemuruh sangat sebab Aira tak tahu macam manalah keputusan Aira nanti.
Doakan yang terbaik untuk Aira ye.
Lepas dapat keputusan nanti terus Aira sibuk dengan Ujian memandu dan Aira akan pergi kursus Bahasa Inggeris sementara tunggu keputusan UPU dan Matriks.
Taklah Aira bosan duduk kat rumah kan.
*Eh bosan ke, bukan ke duk menghadap laptop je sebab main game?*
Oh ye lagi satu Aira bercadang nak buat GiveAway lah...
Apa komen awak semua? 
Yay or Nay?!
Komen kat bawah tau, kalau banyak cakap Yay, Aira akan beri hadiah gempak punya.
Insha Allah...
Aira akan cuba sedaya upaya untuk pos entri.
nanti Aira akan maklumkan setiap hari apa Aira akan keluarkan pos. Okay?
Terima kasih kepada yang masih terus membaca dan menyokong blog Aira yang tak seberapa ni.
Arigatou~
Oh ye jangan lupa pergi kat Instagram dan usha Online Shop Aira iaitu:
Nuramirs_Shop


★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir