College Life: Intensif Bahasa Inggeris (IBI) Part 5: Frequently Asked Questions

Dah lebih setahun berakhirnya program IBI ni.
Since Aira dapat lots of questions on Entri Part 1 but maaf sebab tak terjawab.
Busy sikit dekat Universiti ni. So this entri also Aira nak buat kind of jawab FAQs yang korang bagi.
hopefully membantu buat yang nak pergi program ini :)
First thing first, INTRODUCTION!
What is IBI or IEP?
IBI or Intensif Bahasa Inggeris (Intensive English Programme) ni program bawah dana Dr.Hamzaid. Maksudnya 100% percuma tak perlu bayar yuran langsung. so belajar secara free mana nak dapat dah sekarang kan?
Duration and Place?
Programme ni for 2 bulan but Aira jamin korang semua begging for more. Sebab best gila! Tempat dia kat Seremban 2. Dekat dengan Aeon Seremban 2(5min jalan kaki), Mydin Mall(10min jalan kaki), Dominos Pizza and paling best dekat dengan City Park(10min jalan kaki). hah petang2 after kelas boleh lah lepak2 jogging buang lemak (setiap pagi ada senamrobik dekat citypark). maklumlah duduk sana makan je kerja. 
Background Of Participants?
Macam batch Aira intake for March since dia lewatkan kemasukan. So mostly lepasan SPM 2014.
Elaun?
Most of the participants dapat but for Intake Aira, kami tak dapat since Abah cakap intake kami beliau ambil students parents gaji more than 3k and also kami lepasan SPM tu tak dapat mungkin?
Penempatan?
Basically 1 bilik around 14 orang. bilik quite big sebab dia a part of rumah kedai. maksudnya bahagian atas rumah kedai tu. hah tu lah tempat tinggalnya. satu bilik air and satu shower. bahagian dapur tapi takde dapur lah boleh jadi tempat sidai kain. jangan lupa bawa bantal dan cadar! loker basic loker asrama lah ye.
Kemudahan?
1. No iron so iron siap2 bawa sendiri ye.
2. Water cooler sewaktu dengannya ada sekitar area kolej tu. 10sen per litre.
3. Mesin basuh takde but ada dobi area situ, satu dobi layan diri satu dobi tak layan diri.
Aira selalu pergi dobi tak layan diri senang, terus lipat dengan iron semua. 1kg for RM3 pergi Rabu for half price. Dobi layan diri pula RM7 sekali basuh dan dryer.
4. Water heater pun takde. kalau rasa nak mengeteh ke better bawa.
5. ATM ada kat Petronas citypark. rasanya Maybank dan CIMB.
Makanan?
Okay ni part Aira paling suka hehehe. So banyak choice makan kat area Kolej. Area kolej ada Mat Satay, quite nice tapi agak pricy for students.
Cafe Kolej pun ada jangan risau, harga murah gitu.
Kalau rasa malam nak mengeteh tapi terlupa bawa heater, apa lagi pergi je kedai mamak. my fav place for mamak semestinya Daniya. buka 23 jam kau rasa? sampai 1 pagi lepas borak sambil makan2. tapi kalau nak makan roti canai terbaik, better pergi citypark kat situ ada kedai nama Maulana. fuh lamak kuah roti canai dia sedap tak terkata. even dah habis IBI, Aira pergi sana from UniKL Melaka semata mata nak makan roti canai. Mostly kedai yang Aira selalu lepak dah tutup. sedihnyaaaaaa. Oh ye 7eleven pun ada kalau tetiba nak minum slurpee hehe. KFC pun ada dekat sebelah Petronas Citypark. Lupa pula pasar malam pun ada kat area city park hehe.
From MELAKA sanggup datang ajak kawan2 universiti makan kat Maulana

Aktiviti?
Basically its just fun but quite tiring. So ada 4 konsert throughout masa 2bulan tu.
  1. First concert ialah Ice Breaking which is Choral Speaking basis. means ikut group dia bagi and usually 9-10 orang but depends intake lah. Intake kami ramai so ramai orang hahaha. Aira group RED 1. kena buat presenatation on group name yang korang kena brainstorming nama group based on tema dia bagi. Tema Aira adalah Broad Minded so nama group setelah di reject banyak kali ialah Midoredis. Jadi actually nama kita reka mesti tak pernah wujud dalam kamus. then kena buat logo, icon and also cheers hehehe.
  2. Second concert pula drama. dia pecahkan kita from kumpulan concert 1. *tears* macam mana dia sort kumpulan drama? ikut cabutan dan Aira dapat tajuk Superman. Hah dah lah satu group drama semua perempuan. seronok sangat.
  3. Third concert ni tak semua terlibat. cuma wakil 7 orang satu kelas so Aira wakil for speech. just public speaking. tajuk Aira dapat adalah My Dream Job. ada banyak lagi competition such as debate, forum, poetry, story telling.
  4. Fourth concert semua terlibat which means ikut kelas. buat apa? DIKIR BARAT BAHASA INGGERIS. so kelas mai adalah kelas 1 and combine 3 nama groups from concert 1 dapatlah MIDEXCIMET. masa ni lah terasa bonding antara semua classmates sebab sama2 membanting tulang hafal step dikir barat.
  5. Finally IBI IDOL. okay ni just yang terpilih je. pertandingan menyanyi and semua yang pergi final talented gila. Aira pergi audition je hahahaha nak markah group punya pasal.
Kelas?
so kelas ada setiap Isnin sampai Jumaat. From 8am yang Aira selalu agak lewat hahaha. rest sekejap then 10.30 sambung balik sampai pukul 12.30pm. then around 230pm sambung balik. pukul 4 lebih dah rest dah. malam totally for concert practice. weekend pun practice for concert.
masa kelas belajar basic grammar yang korang belajar masa sekolah. lecturer yang mengajar merupakan orang luar. so leacturer Aira from Nigeria. Mr Sodiq nama beliau. Baik and funny.
Kelas dengan beliau, kami banyak buat analysis berita so beliau akan bagi surat khabar then present summary depan whole class. quite challenging masa first kena tapi dah lama tu rasa seronok so selalu volunteer hahahaha.
Examination?
yeah ada peperiksaan. ada 3 peperiksaan. first exam masa hari kedua daftar IBI. parameter before ajar kita nak tengok tahap kefahaman kita. second test masa pertengahan bulan. masa tu almost half topic dah belajar. then last exam masa hujung2 nak habis program. soalan objektif so jangan gelabah okay!
why ada exam? apart from nak check kefahaman and progress sebenarnya by the end of program ni akan ada anugerah untuk top student in every class and for this whole intake. my bad lupa dah nama anugerah dia maklumlah unik sangat.

Pakaian?
Basic lah masa kuliah no jeans, no open shoes, no tracksuits but ramai je yang pakai.
better pakai baju kurung for perempuan ayu sikit kan. lelaki pakai kemeja macho gitu.
IMPORTANT THING! bawa bawa bawa stokin hitam sebab setiap kali konsert kena pakai stoking sebab dalam dewan tak boleh pakai kasut tau.

So itu sahaja mungkin. In case ada apa yang Aira tertinggal, jangan malu segan silu untuk tanya Aira.
for fast reply do Tweet me on twitter @HumairaAnam or Email kat Humairaamir14@yahoo.com
nak tanya through blog, kekadang tak perasan komen. hopefully membantu korang! 
selamat ber IBI semua.

p/s: Nak tengok IBI videos boleh pergi Youtube Kolej Teknologi Alpha :)

★ Don't shy to comment or like this entry ★

2 000 Readers:

Unknown said...

Huhu.. miss those moment

Unknown said...

Wow it's look exciting! I really wanna go there!

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir