Freebies Header Fruit #1

Freebies Header lagi!
Tapi kali ni buah - buahan pula...
http://4.bp.blogspot.com/-fexAnQW2A0Q/T8TILvaQ8cI/AAAAAAAABLk/U_iLjmj8xdY/s1600/Header+Apple.png
 
http://1.bp.blogspot.com/-5xVV2SVNGhU/T8TINgJvxkI/AAAAAAAABLs/SXZZwh5FirU/s1600/Header+strawberry.png
Okay ini maklumat bagi header ini:

Saiz: 780 x 300
Sudah transparent :D
# Souce Image: Miss GG
Harap anda semua suka ye... Nak ambil tu beritahu ye.. Tak perlu creditkan...
Nanti kalau saya rajin... Saya cuba cari image buah- buahan lain pula :D

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Freebies Header Cute Girl #1

Okay, disebabkan saya terlampau bosan dan sedang melarikan diri daripada
kenakalan sepupu - sepupu saya...
Maka terciptalah dua header yang tak berapa cute seperti tajuk di atas...
#Sekadar mencuba nak buat header #

Header Pertama: (PINK)
http://3.bp.blogspot.com/-hIN_oikx3Ss/T8SPciMKUGI/AAAAAAAABLM/yd7Nt1110Yc/s1600/Header+Cute+Girl+1.png

Header Kedua: (BLUE)

http://1.bp.blogspot.com/-51QGH7ECAdA/T8SPensuAWI/AAAAAAAABLU/oDCQrBKAWqw/s1600/header+cute+girl+2.png
Makluman mengenai Header:

Saiz: 780 x 300
Sudah transparent :D
# Souce Image: Miss GG
Harap anda semua suka ye... Nak ambil tu beritahu ye.. Tak perlu creditkan...
Nanti kalau saya rajin... Saya cuba cari image warna lain pula :D
★ Don't shy to comment or like this entry ★

Jalan - jalan ke Karak Setia...

Sihat tak semua?
Kalau sihat baguslah...
Tak macam saya...
saya demam + sakit tekak + pening kepala!
Terbaiklah...

Okay berbalik kepada tajuk di atas....
Semalam saya pergi Karak sebab hantar mak cik saya...
Hari ini dia mulakan kerja sebagai Pembantu Makmal di SMK Karak Setia...
Tak lah jauh sangat dari Kuantan...
Tapi sebab tak tahu jalan maka lambatlah juga sampai...
Lagi satu sibuk  cari rumah sewa...
Fuh, macam gelagat orang kami jumpa masa tanya tentang rumah sewa...
Tapi akhirnya jumpa satu rumah...
Tapi tak telefon lagi...
Jadi kami terus hantar Mak Cik saya pergi rumah kawan dia...
Akhirnya lepas tanggungjawab pertama :)

Dalam perjalanan balik kami pergi makan kat Permatang Badak...
Ni adalah antara gambar yang sempat saya ambil...
Makan- makan!

Betapa kebulurnya Pak cik saya  :D

Pak cik saya buat Duck Lip...
Hahaha :D

Kami sampai ke rumah dalam jam 8:00 malam...
Huh, letih sampai demam!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Hello Kitty Online Shop! Part 2

Testing, testing...
hehehe today my entry is in English language...
You don't need to close your tab because you are
in right blog... :D

Do you remember the last part?
forget?
so just click here!
But today I don't want to share about Hello Kitty but about
new bracelets and watches!
Moreover, when you buy the items you don't need to pay the shipping!
Free Delivery!

Okay here the

 watches:
Fancy with three colours to choose!

Ready to run?
So grab it!
Stopwatch!


Buy it for your beloved father as him Father Day present!

Now for
Bracelets:
It just only RM6!
without shipping charge!
Did you believe it?
Sweet and affordable!

For more photos of Watches and Bracelets click
here!

 # Copy if you like my entry! #

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Ho ho Holiday!

~Gambar Hiasan~


Yehaa....
Cuti sekolah dua minggu!
Tapi tak boleh gembira sangat sebab kerja sekolah
banyak gila...
Kena siapkan folio sejarah..
Pembetulan bagi kesalahan kertas ujian...
Karangan Bahasa Melayu lagi...
Huh, hancurlah cutiku 2 minggu ni...
Hehehe gurau je...
Cuti 2 minggu ini sebenarnya banyak masa yang boleh
 digunakan dengan sewajarnya..
sebab tu tadi ada ceramah motivasi di sekolah yang
menceritakan tentang cara pengurusan masa pada musim cuti...
dan inti patinya ialah:

1) Membuat jadual waktu bagi cuti 2 minggu
2) Tidak membazir masa
3) Belajar di tempat kondusif - Perpustakaan
4) Buat kumpulan belajar supaya ada semangat belajar
Itu jelah yang saya dapat untuk ceramah tadi...
Okay, saya harap semua gembira dan dapat menggunakan masa 
dengan sewajarnya nak- nak lagi mangsa PMR macam saya ni....
Yang pergi bercuti tu selamat bercuti :D
Sekian...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Kerja sambilan Edit Blog Part 2

Ingat lagi entri ni?
Part 1
yang ni part 2 pula...
Alhamdullilah...
hari ini dah siap edit blog seorang budak yang fanatik
 dengan Katy Perry ni....
sebab hujung minggu hari tu dia minta...
Saya dan encik fanatikni merupakan kawan waktu sekolah rendah...

Temanya:
Ungu Hitam

Klik gambar untuk terjah ke blog dia...


Sebelum tu jom view header dia:

Sebab dia fanatik sangat dengan Katy Perry jadi saya siap
letak quotes senarai lagu Katy Perry lagi kat header tu :D

Bawah ni pula banner dia...

Simple tapi tetap ada Katy Perry!

Cursor pula:

sebab dia suka ungu jadi semuanya warna ungu!


★ Don't shy to comment or like this entry ★

Kesunyian...


~Gambar hiasan~

Bukan kesunyian kerana tiada pasangannya...
Tapi....
kesunyian sebab tiada kawan baik...
Ingat lagi tak yang kawan baik Aira, Maisarah yang dah pindah tu?
Kalau tak ingat boleh baca kat sini!
Tapi sebelum tu baca yang ni dulu...

Huh, semalam keadaan amat kusut sikit sebab Aira dimarahi ditegur
oleh seorang budak lelaki ni pasal entri ni!
sebab budak lelaki yang Aira ceritakan dalam entri tu marah dia...
Aira rasa bersalah tapi Nasi dah jadi bubur kan?

Yang menyedihkan lagi adalah Aira rapat jugalah 
dengan budak yang marah Aira tu...
Serabut kepala Aira tau.. dah lah dengan exam lagi...
Tak perlulah serang budak lelaki tu macam tu je...
serang lah hari lain.. ni masa minggu exam pula...
Tapi, Alhamdullilah semuanya dah menjadi normal hari ini...


Sedih sangat sebab kalau sekolah lama Aira dulu
Aira boleh kongsi masalah saya dengan kawan baik Aira,
kawan sebilik, kawan sekelas, abang , akak ataupun Pak Cik Panda...
tapi kalau kat sekolah ni Aira tak selesa nak cerita dekat kawan sekelas
Aira melainkan yang Aira rapat...

Aira ingat lagi masa Fitri cakap sayaAira manja...
Hei, Aira memang manja pun sebab Aira ada mereka
yang melindungi dan mengambil berat pasal Aira semasa di asrama..
yelah jauh daripada keluarga kan...
Tapi sekarang Aira dah hilang semua perasaan 
dilindungi dan disayangi apabila belajar di sekolah baru...
huh, serius Aira rindu sangat dekat kawan baik Aira,
kawan sebilik, kawan sekelas, abang , akak dan Pak Cik Panda...
mereka lah yang selalu dengar masalah Aira dan layan
perangai manja Aira...
Aira hargai sangat terima kasih...

Tapi kalau Aira belajar kat sekolah lama...
Aira dah tak jumpa kawan baik Aira, abang dan akak Aira sebab mereka dah
pindah sekolah...
Jadi Aira tetap kesunyian juga kan...
Erm, dah nasib... tapi Aira seronok sangat sebab minggu depan cuti sekolah!
boleh jumpa mereka kat muka buku...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Key chain dah sampai...


Ingat lagi tak segmen ni?
kalau tak ingat boleh tekan sini...
Yang dah baca tu mesti dah tahu kan?
Berikutan dengan segmen itu...
saya telah memenangi key chain dari Sabah oleh Cik Lynn...
tak percaya boleh tengok gambar kat bawah tu...
*Klik untuk tumbesaran..

Terima kasih Cik Lynn sebab bagi key chain tu...
Key chain tu sampai pukul 12 tengah hari tadi...
Mak saya yang cakap sebab masa tu saya tengah exam Pendidikan Jasmani...
Yang lain tu cemburu tak?
Hehehe gurau je...
Anda semua mesti pernah menang hadiah lagi banyak daripada saya kan...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Review Pelajar 2 Kerongsang 3 2011 (SMK Clifford)

Hari ini nak buat review... - sebenarnya ni repost daripada blog lama Aira...
Review ni merupakan tradisi kelas kami.. cewah ayat...
tak percaya?
Percaya je lah...
Yang kawan sekelas Aira punya review sudah tidak ditemui entri itu...

Jadi yang ni Aira punya review ...
Sebelum tu lihatlah pelajar kelas kami yang cantik dan kacak ni!
-Gambar Aira tiada ye... Atas sebab tertentu..
2 Kerongsang 3
(Klik Untuk Tumbesaran)
2 kerongsang 3 kelas Aira tahun lepas...
kelas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford...
dalam kelas Aira hanya ada 24 orang pelajar...
Sikit je kan?
hanya 7 lelaki dan 17 perempuan- termasuk Aira!
Aira punya entri istimewa sikit sebab Aira ada bagi award...
banggalah kamu ye sebab dapat award daripada Aira...

Anugerah -anugerahnya ialah:
-bukan ABPBH punya award ye...

Miss Riuh 2K3...
Sakinah : Nama dia sakinah.. tapi Aira panggil dia Konah... Pendek sikit nama tu! Dia ni suka sangat matapelajaran Matematik.. Apalah yang best sangat kira nombor tu? Dia agak nakal... sebab ketika baca doa dia akan keliling satu kawasan kelas.. - Rindu nak tengok Konah pusing-pusing lagi!

Miss  Novel  2K3....
Farah: kembar Konah... sebab mereka selalu bersama... Dia suka baca novel nak- nak lagi masa hujung tahun.. Mesti tak layan kita sebab sibuk membaca novel jiwang!

Miss Silent 2K3:
Ika dan Annis:  Okay sebenarnya tak diam.. cuma kat sekolah je mereka senyap.. Tapi kat asrama seriuh Aira lah.. Kami kawan rapat sebab sebilik setiap tahun.. tapi tahun ni... Aira pindah sekolah!

Miss Toilet 2K3:
Syafiah:  Tapi Aira tak panggil dia Syafiah.. Kekadang panggil Peah dan Mak Yong sebab dia kan paling tua jadi panggil Mak Yong... -Kak Long gelaran Aira  Miss Toilet? sebab dia ni suka sangat pergi tandas sebab tu dapat gelaran ni... Yang paling penting dia ni terkena satu gelombang! Gelombang apa? Gelombang K-pop la...

Miss  K-P0P 2K3:
Faiqah: Selalunya Aira panggil dia Eqah ataupun Baby sebab dia paling muda dalam kelas! -Huh cemburunya... Dia pun suka K-pop setelah dihasut Syafiah!

Miss Smart 2K3:
Bahashini dan Sanggertana : Aira hanya panggil mereka Baha dan Sangge...Aira rapat juga dengan mereka berdua ni.. Memang budak pandai... Susah sikit nak lawan! Tapi bolehlah juga Aira skor nombor top 10 dalam kelas...

Miss Cari Pasal 2K3:
Fiza Rahim:  Cari pasal? Dia suka sangat tenung orang lelama.. Sampai rasa menyampah... * Aira malu orang pandang lelama... Untuk pengetahuan anda, dia pelajar baru dalam kelas kami...

Miss Tekun 2K3:
Aqilah: Aira panggil dia Qilah je... Dia duduk sebelah Aira . Memang pandai dan menjadi perhatian semua guru kami... Baik dan rajin...

Miss Naughty 2K3:
Fizah Adnan: Dia pun duduk sebelah Aira . Seorang yang pandai!- Hohoho Aira dikelilingi pelajar yang pandai! Kalau sesiapa yang tak kenal dia akan cakap dia ni baik.. Tapi kalau dengan Aira.. suka sangat cubit-cubit.. nakal betul! Aira dan dia rapat sebab kami budak catur...- Aira rindu sangat kat dia!

Miss Shy 2K3:
Atirah: Aira dan dia dah berkawan sejak darjah satu.. Tapi lepas tu dia pindah dan kami berjumpa balik semasa tingkatan satu- sebab dia pindah sekolah Clifford! Dia cantik dan dikelilingi ramai peminat... Pendiamlah juga pada mulanya.. Tapi sekarang tak tahulah...

Miss Cool 2K3:
Hanis: Cool? memang cool pun.. dengan slogan dia yang agak menyakitkan hati tu.. Dia suka sebut SO, SO...
tapi kekadang dia suka buat muka masam.. Aira rapat dengan dia sebab dia budak catur..

Miss Happy 2K3:
Hayati: Aira panggil dia Yati je... Suka senyum sebab senyumannya menawan gitu... Suara dia pun sedap... Aira dengan dia baik lah juga sebab ayah dia merupakan kenalan ayah Aira...

Miss Best Voice 2K3:
Zafirah: Aira panggil dia Zaza je... Suara dia pun sedap juga.. Dia merupakan penyanyi bagi kelas kami..
Bukan suara je sedap otak pun geliga.. Aira kekadang gaduh-gaduh manja juga dengan dia..

Miss Smiley 2K3:
Jannah:  Aira kekadang panggil dia adik.. sebab dia lahir bulan November..Dia suka senyum... Aira rapat dengan dia sejak tingkatan 1 sebab Aira duduk satu bilik kat asrama dengan dia.. tapi lepas tu dia keluar dari asrama.. Yang paling sedih semasa akhir tahun... dia bagi Aira big hug sebab Aira nak pindah.. Sayang adik!

Okay sekarang tibalah masanya untuk anugerah bagi lelaki pula:

MR Weird 2K3:
Aiman: Pelik sangat perangai dia.. sebab bila tanya cita-cita dia kan cakap nak jadi hacker! Huh, lagi satu dia ni suka sangat lawan markah sains dengan Aira tapi pada suatu hari Aira dapat kalahkan dia dengan satu markah iatu 79% -Yeah big clap! Dia je budak lelaki yang panggil Aira sebagai  Moira... -Banyak betul nama timbangan Aira kan...

MR Cruel 2K3:
Aizat: Aira panggil dia Pok Jak... jangan tanya kenapa.. sebab Aira ikut kawan Aira .. Dia kejam dengan Aira sebab ada suatu ketika dia halang Aira nak turun tangga dengan kaki dia.. Huh, nasib baik Aira  tak jatuh tergolek... Lagi satu dia suka sangat banding markah exam dengan Aira... Tapi kekadang Aira menang dan kekadang dia menang! jadi seri lah kan???

MR Emo 2K3:
Saiful Amin:  Aira panggil dia Putu... Sebab tidak diketahui... Dia ni agak baran orangnya.. Tapi Aira okay je kawan dengan dia... Yang penting dia suka panggil saya Harimau.... Sesuka hati je bagi nama kat Aira... Tapi nasib baik dia minta maaf dan bagi ejekan terakhir kat Aira tahun lepas!

MR Silent 2K3:
Fauzan: Aira panggil dia Pojan je.... Taklah diam sangat.. Aira rapat dengan dia semasa main Saidina..Bising juga rupanya bila dah kena lama... Tapi okay dan dia antara budak lelaki yang bijak!

MR Riuh 2K3:
Faez: Keriuhannya amat tidak dapat dinafikan... - Sebab tu Aira ejek dia dengan Konah...Antara kawan yang Aira rapat dalam kelas... Kalau borak dengan dia mesti dia cerita pasal one piece... Peminat Luffy lah katakan! -Wei Faez bila nak tuntut komik One Piece yang Aira beli dari Jepun tu? Letih simpan!!!

MR Smart 2K3:
Azhan : Aira panggil dia Boboy sebab nama itu telah diberi oleh guru seni saya..- Sebab pipi dia yang tembam tu! Dia memang pandai top 3 dalam kelas.... Mulut dia agak lepas... Sebab dia memang jujur.. 

MR Chipsmore 2K3:
Faqih: Dia ni bukan peminat chipsmore ye.. Tapi dia ni jarang datang sekolah sebab sakit.. Sakit apa dirahsiakan. jadi kami panggil dia chipsmore... Jarang berbual dengan dia - nak berbual macam mana kalau asyik tak datang sekolah... 

Okay tu je review daripada saya...
Kalau ada yang salah maafkan saya ye...
 Huh letih walaupun baru review 23 orang...

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Sampel pad percuma?

Hari ini ternampak post Ummi Iman...
beliau dah dapat sampel pad dari Kaolaurier...
jadi saya pun nak juga....
kepada sesiapa yang nak juga...
mudah je cuma kena ada account facebook...
First sekali kena:
Like Page  ni!

 Lepas tu tekan gambar kat bawah ye...
sebab saya dah linkkan ke website tu...
*Klik jangan tak klik!

Lepas tu isi apa yang diminta...
dan tunggulah encik posmen hantar....

P/S: Apabila dah guna bagi testimoni mana tahu berpeluang dapat iPad 2!

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Mana hilangnya?


Huh, agak tertekan hari ini sebab...
sebab....
satu insiden yang amat mengejutkan terjadi kepada kelas kami...
sewaktu...
subjek sains...
nak tahu apa?
tetiba je pembantu makmal tu datang dan cakap yang...
mentol salah seorang kumpulan pelajar kelas kami guna..
tidak dipulangkan!
jadi cikgu ingat salah seorang daripada kami terambil ataupun sengaja curi...
dengan muka terpaksa kami  pelajar yang bukan pengawas cari mentol tu termasuklah saya!
sebab pengawas semua rehat awal...
Walaupun dah cari tapi tetap hampa sebab kami tak jumpa!
yang lebih teruk lagi apabila cikgu kami cakap..
selagi tak jumpa tak boleh rehat dan......
10 markah PEKA pelajar kelas kami akan dipotong!
tidak!!!! hancurlah markah PEKA saya nanti....
tak seorang pun tahu ke mana hilangnya mentol bertuah itu...
kalau saya jumpa Toyol tu memang saya gayanglah nanti..
menyusahkan orang je...
Huh sabar je lah Aira oi....
dah nasib nak buat macam mana...


★ Don't shy to comment or like this entry ★

Kerja sambilan edit blog Part 1

Alhamdullilah...
semalam dah siap edit blog seorang budak yang comel ni....
sebab dari minggu lepas lagi dia minta...

Saya dan budak comel ni merupakan kawan waktu sekolah rendah...

Temanya:
Merah Jambu

Ni blog  budak comel tu:
Cik Kebberygurlz

Header:

*Klik untuk ke sana....

Banner blog beliau...






Overall semuanya hanya RM10.00
murah je kan?
Nak tempah boleh inform kat sini:
Fanpage

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Cuti!




Hoore cuti 3 hari...
tapi kerja sekolah tetap diberi oleh guru-guru kesayanganku...
kena buat 6 karangan bahasa melayu...  matematik dapat hand out...
sejarah nota bab 4...
 pendidikan islam pun dapat hand out- sepatutnya buat semalam tapi...
sibuk bincang pasal baju kelas...
semangat buat baju kelas...
by the way
Hari ni dalam pukul 10 pagi...
saya dan keluarga akan bertolak ke Melaka...
jadi mungkin malam nanti saya update blog dan online facebook..
yela dalam kereta tak de Wifi....

★ Don't shy to comment or like this entry ★

Kehilangan


~Gambar Hiasan~

Hari ni saya sedih sangat sebab....
saya telah kehilangan kawan baik saya...
Siapa?
Maisarah...
~Yang pakai shawl warna kelabu tu~
Sedih betul sebab setelah 3 tahun tak jumpa tetiba je kami jumpa semula apabila...
saya dan Maisarah pindah ke Kuantan..
kami kenal semasa perkhemahan peringkat kebangsaan pada tahun 2009 kat Hulu Langat!
tapi, sekarang tak sampai 4 bulan kami jumpa semula...
Maisarah dah nak pindah ke Sarawak...
Sedih gila... sebab nanti naik bas sesorang je... Sampai awal kat sekolah tak boleh borak dengan dia dah...

Tadi sempatlah big hug untuk kali terakhir sebelum dia naik plane hari Ahad ni...
sedih... mengapa kejam sangat awak Maisarah?
Sampai hati awak... nanti kalau Izzati dan Sofiah tak pergi kokurikulum saya nak pergi dengan siapa?
nyawa saya dah terbelah dua... Yelah "Kembar" saya dah tak da...
Nak tahu kenapa kembar?
seemestinya bukan kerana tarikh lahir ye... tapi sebab nama...
cikgu pun kekadang tersasul panggil nama Maisarah bila panggil saya....
Takpelah tak kisah pun...
Maisarah kalau awak baca entri saya ni...
ingatlah :

Text saya selalu kat telefon, muka buku, twitter dan lain-lain lagi....
Jangan lupa hantar kad raya.... - nak juga dapat kad raya bercop Sarawak...
Jangan lupakan saya...  *wink*wink*
yang paling penting share ye soalan peperiksaan percubaan Sarawak nanti...

Dengan penuh pasti saya akan rindu awak....
★ Don't shy to comment or like this entry ★

 
Copyright © 2011 - 2016 reserved to Aira Amir